• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sportbike Elektrik Triumph TE-1 Siap Diuji, Sama Hebat Seperti Speed Triple 1200!

Sportbike Elektrik Triumph TE-1 Siap Diuji, Sama Hebat Seperti Speed Triple 1200!

July 13, 2022 By Wahid Leave a Comment

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI dijanjikan, motosikal elektrik prototaip Triumph TE-1 siap diuji dan terbaharu pengeluar dari Britain baru saja mendedahkan spesifikasi model tersebut.

Berikut apa yang perlu anda tahu tentang TE-1:

  • Ini ialah motosikal elektrik pertama Triumph. Projek TE-1 ini penting kerana negara Eropah bakal beralih kepada kenderaan elektrifikasi dalam tempoh dua dekad lagi.
  • Trenkuasa menghasilkan kuasa 175hp dan tork 108.5Nm. Walaupun kuasa maksimum tidak nampak tinggi, tetapi tork dihasilkan mampu memberikan prestasi mengagumkan atas jalan.
  • Memiliki berat 220kg kerana faktor bateri digunakan. Namun menurut Triumph, saiz TE-1 lebih kurang sama dengan Street Triple (765cc), tetapi ergonomik, geometri dan agihan berat seperti Speed Triple (1200cc).

  • Isu utama kenderaan elektrik ialah jarak tunggangan dan masa diperlukan untuk mengecas bateri. Triumph mendakwa setiap cas penuh mampu memberikan jarak tunggangan hingga 160km.
  • Namun, ia masih bergantung kepada beberapa faktor seperti cara tunggangan agresif atau santai, atau tahap kondisi jalan sama ada berbukit, landai, atau sebagainya.
  • Boleh dicas pantas, iaitu 0-80 peratus sepantas 20 minit.
  • Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 3.6 saat, manakala pecutan 0-160kmj, 6.2 saat. Bagaimanapun, Triumph tidak mendedahkan kelajuan maksimum.

  • Menggunakan khidmat penunggang profesional untuk membangunkan model ini, iaitu juara Daytona 200, Brandon Paasch. Menurutnya;

Respons terotel TE-1 sangat hebat. Ia ada tork kuat dan anda akan dapat kuasa sebaik saja buka terotel. Ini sesuatu yang sangat menarik buat saya sebagai pelumba. Saya sempat 'lock' terotel dan ia sangat laju. Pecutan sangat kuat!"

  • Prototaip TE-1 membuktikan Triumph dapat menghasilkan sebuah model elektrik yang cukup baik dan kita tidak perlu lagi risau dengan model-model elektrik jenama itu pada masa depan.
motosikal-elektrik-triumph-te-1-1
motosikal-elektrik-triumph-te-1-3
motosikal-elektrik-triumph-te-1-6
motosikal-elektrik-triumph-te-1-4
motosikal-elektrik-triumph-te-1-7
motosikal-elektrik-triumph-te-1-2
motosikal-elektrik-triumph-te-1-5

Artikel Berkaitan

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, motosikal elektrik, motosikal EV, roda2, Triumph, Triumph TE-1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my