PELUMBA Suzuki Ecstar, Joan Mir yakin pasukannya menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam sesi ujian musim sejuk di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjelang Kejuaraan Dunia MotoGP 2022.
Mir mendakwa sangat berpuas hati dengan potensi jentera GSX-RR yang menurutnya mampu mencabar takhta kejuaraan MotoGP musim ini.
BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!
Pelumba Sepanyol itu sebelum ini menggesa Suzuki Ecstar melakukan penambahbaikan lebih agresif jika mahu merebut kejuaraan MotoGP yang pernah dirangkul pasukan itu pada 2020.
Hampir apa saja (sudah ditambah baik). Tapi kami perlu mengesahkan banyak perkara di Mandalika (Indonesia). Hari ini sangat penting untuk memahami potensi enjin.
"Elektronik kini lebih bagus, dan aku boleh jadi lebih laju dan sangat konsisten. Pagi ini kami buat pilihan silap masa sesi time attack. Kami mula dengan tayar lembut, dan aku tak dapat buat masa lap yang bagus.
"Aku buat masa lap dengan guna tayar depan dan belakang jenis keras. Kami betul-betul hampir, dari segi margin, tapi kami kat sini bukan nak buat time attack."
BACA >>> Suzuki Malaysia Lancar Tiga Model 1,000cc, GSX-R1000, GSX-R1000R dan Katana!
Selepas melakukan pendekatan konservatif musim lalu selepas memenangi MotoGP 2020, Suzuki kini menumpukan kepada aspek trenkuasa untuk melonjakkan prestasi enjin masih menggunakan konfigurasi sebaris (inline).
Ya, kami makin dekat, Kami sangat seronok. Kami sudah pertingkatkan top speed. Kami tau kami ada motor yang laju, tapi perlu lawan dengan Ducati yang cukup susah nak potong.
"Ini penting untuk semua race, kuasa yang lebih sangat membantu. Aku harap kelebihan ini akan jadi lebih baik."
BACA >>> Honda Sedang Buru Mir? Status Marquez Masih Misteri
BACA >>> Mir Risau GSX-RR Tidak Cukup Bagus untuk Pertahan Kejuaraan
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply