BERITA baik buat peminat Tokyo Auto Salon (TAS)! Pameran tahunan kenderaan kustom dan modifikasi itu akan berlangsung di Kuala Lumpur pada awal Jun nanti.
Laporan portal PaulTan mengatakan acara itu dinamakan Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023, dan dijadualkan berlangsung pada 9-11 Jun di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
BACA >>> #RetroAuto: Petronas Pernah Bikin Enjin Prestasi Setanding Honda VTEC untuk Proton
BACA >>> Subaru Rex Boost Gear Concept (2023), Kembar Lasak Daihatsu Rocky, Perodua Ativa
Pengumuman itu dibuat dalam majlis memeterai perjanjian antara San Ei Corporation dan penganjur acara, MUSE Group di Tokyo, Jepun.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUSE Group, Riduwan Matni berkata;
Kami gembira kerana berjaya mendapatkan lesen eksklusif Tokyo Auto Salon dan ini satu penghormatan kerana disenarai pendek San Ei Corporation, iaitu pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon, untuk menjadi rakan mereka di luar Jepun.
"Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur akan menjadi lesen francais secara langsung jenama itu di dunia. Acara itu akan membantu menyegarkan semula pasaran aftermarket yang terjejas teruk akibat pandemik (Covid-19)."
Sebelum ini, MUSE ialah penganjur Tokyo Auto Salon Singapore pada 2013 yang berhaya menarik lebih 70,000 pengunjung.
Pengunjung ke TAS Kuala Lumpur 2023 boleh menjangka peluang menyaksikan pelbagai kenderaan unik, dan kehadiran ratu lumba Jepun dengan lebih 150,000 pengunjung dijangka membanjiri acara berkenaan.
Tiket masuk TAS Kuala Lumpur 2023 ialah RM40 sehari yang boleh dibeli secara atas talian. Pembelian tiket sebelum hari acara berlangsung layak mendapat diskaun 10 peratus. Maklumat mengenai tiket akan diumum dalam masa terdekat.
BACA >>> #KLIMS2018: Perodua X-Concept Perkenal Konsep Futuristik yang Bukan Sekadar Pengangkutan
BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Myvi GT Memang Ada Stail!!!
BACA >>> Lebih 33k Kenderaan Dijual Sepanjang Acara BIMS 2022, Toyota, Yamaha Paling Laku!
SUMBER: PaulTan
Leave a Reply