• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pameran Tokyo Auto Salon (TAS) akan ke Kuala Lumpur 9-11 Jun Ini!

Pameran Tokyo Auto Salon (TAS) akan ke Kuala Lumpur 9-11 Jun Ini!

January 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BERITA baik buat peminat Tokyo Auto Salon (TAS)! Pameran tahunan kenderaan kustom dan modifikasi itu akan berlangsung di Kuala Lumpur pada awal Jun nanti.

Laporan portal PaulTan mengatakan acara itu dinamakan Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023, dan dijadualkan berlangsung pada 9-11 Jun di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

BACA >>> #RetroAuto: Petronas Pernah Bikin Enjin Prestasi Setanding Honda VTEC untuk Proton
BACA >>> Subaru Rex Boost Gear Concept (2023), Kembar Lasak Daihatsu Rocky, Perodua Ativa

Pengumuman itu dibuat dalam majlis memeterai perjanjian antara San Ei Corporation dan penganjur acara, MUSE Group di Tokyo, Jepun.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUSE Group, Riduwan Matni berkata;

Kami gembira kerana berjaya mendapatkan lesen eksklusif Tokyo Auto Salon dan ini satu penghormatan kerana disenarai pendek San Ei Corporation, iaitu pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon, untuk menjadi rakan mereka di luar Jepun.

"Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur akan menjadi lesen francais secara langsung jenama itu di dunia. Acara itu akan membantu menyegarkan semula pasaran aftermarket yang terjejas teruk akibat pandemik (Covid-19)."

Sebelum ini, MUSE ialah penganjur Tokyo Auto Salon Singapore pada 2013 yang berhaya menarik lebih 70,000 pengunjung.

Pengunjung ke TAS Kuala Lumpur 2023 boleh menjangka peluang menyaksikan pelbagai kenderaan unik, dan kehadiran ratu lumba Jepun dengan lebih 150,000 pengunjung dijangka membanjiri acara berkenaan.

Tiket masuk TAS Kuala Lumpur 2023 ialah RM40 sehari yang boleh dibeli secara atas talian. Pembelian tiket sebelum hari acara berlangsung layak mendapat diskaun 10 peratus. Maklumat mengenai tiket akan diumum dalam masa terdekat.

BACA >>> #KLIMS2018: Perodua X-Concept Perkenal Konsep Futuristik yang Bukan Sekadar Pengangkutan
BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Myvi GT Memang Ada Stail!!!
BACA >>> Lebih 33k Kenderaan Dijual Sepanjang Acara BIMS 2022, Toyota, Yamaha Paling Laku!

SUMBER: PaulTan

Artikel Berkaitan

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, MUSE Group, Pameran Auto, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Riduwan Matni, San Ei Corporation, Tokyo Auto Salon (TAS), Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023, Tokyo Auto Salon Singapore

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my