• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Fast Bikes Hentikan Jualan Motosikal Triumph 14 Januari 2023

Fast Bikes Hentikan Jualan Motosikal Triumph 14 Januari 2023

December 12, 2022 By Shawkath Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKITAR Julai lalu, kami menerima khabar berita tentang nasib motosikal Triumph di Malaysia, termasuk mengadakan rundingan dan bersua muka.

Ketika itu, sudah ada sumber mendedahkan pengedar baharu yang akan mengambil alih pengedaran dan jualan jenama itu untuk pasaran negara ini.

BACA >>> Triumph Tiger Scrambler 1200 XE Ditunggang Craig dalam James Bond Dilelong RM713k!
BACA >>> #Spyshot: Scrambler Pertama Bajaj-Triumph Dikesan di India

Terbaharu, pada Sabtu lalu, cerita itu disahkan menerusi pengumuman dibuat pengimport dan pengedar semasa, Motoradic Sdn Bhd (Motoradic) dan Fast Bikes Sdn Bhd (Fast Bikes).

Motoradic dan Fast Bikes mendedahkan tidak lagi menjadi pengimport rasmi dan pengedar eksklusif motosikal Triumph di Malaysia berkuat kuasa 14 Januari 2023.

Sebagi makluman, Motoradic ialah pengimport rasmi Triumph di Malaysia, manakala subsidiari, Fast Bikes pula berperanan sebagai pengedar eksklusif jenama itu. Kenyataan Fast Bike berkata;

Pengumuman secara tiba-tiba itu sebenarnya agak mengejutkan kerana prestasi jualan Triumph di Malaysia dilihat begitu positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Fast Bikes memulakan operasi pada 2020 dan bertanggungjawab mengembalikan populariti motosikal Triumph di negara ini.

“Dalam tempoh lebih 12 tahun, Fast Bikes berjaya menaikkan Triumph hingga menjadi jenama kedua terbesar dari segi jualan motosikal 500cc dan premium.

“Jualan motosikal Fast Bikes juga meningkat dua kali ganda antara 2019 dan 2020 dengan menerima jumlah tempahan cukup menggalakkan."

Kenyataan sama berkata, Triumh Motorcycles UK dan wakil di Malaysia akan bertanggungjawab memenuhi segala terma dan syarat terhadap motosikal yang masih dalam tempoh jaminan. Bagi motosikal yang sudah tamat tempoh waranti, Fast Bikes bersedia memberi konsultansi dan nasihat mengenai servis dan aspek teknikal.

Dalam perkembangan lain, Fast Bike akan menjadi wakil penjual Honda Big Wing yang akan menyaksikan bilik pameran dan ibu pejabat Triumph di Seksyen 13 Petaling Jaya berubah imej menjadi wakil penjual Honda Big Wing serta mula beroperasi suku pertama 2023.

Semua cawangan Fast Bikes di Pulau Pinang, Johor Bahru (Johor) dan Kota Kinabalu (Sabah) juga akan menamatkan operasi. Siapa pengedar baharu Triumph? Tunggu sahaja pengumumanya. Apa yang pasti, mereka memang berpengalaman dalam industri motosikal Malaysia.

BACA >>> Sportbike Elektrik Triumph TE-1 Siap Diuji, Sama Hebat Seperti Speed Triple 1200!
BACA >>> Triumph Tiger 1200 (2022) Masuk Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM115k!
BACA >>> Triumph Tiger Sport 660, Tiger 1200, Speed Triple RR di Malaysia! Harga Mula RM49k!
BACA >>> Royal Enfield Scram 411 (2022) Tiba di Malaysia dengan Tiga Varian, Harga Mula RM26.9k!
BACA >>> Royal Enfield Classic 500 Paling Mampu Milik Habis Jual dalam Seminggu, RM3.6k Sahaja!
BACA >>> Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!

Related

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Fast Bikes Sdn Bhd, Motoradic Sdn. Bhd., roda2, Triumph

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev