• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Scrambler Pertama Bajaj-Triumph Dikesan di India

#Spyshot: Scrambler Pertama Bajaj-Triumph Dikesan di India

October 4, 2022 By Shawkath Leave a Comment

641
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL 350cc yang dibangunkan Bajaj bersama Triumph dikesan buat kali pertama di India yang hadir dengan rekabentuk scrambler dan dikatakan akan menjadi pesaing baharu siri Royal Enfield 350cc.

Bajaj Auto India dan Triumph Motorcycles mengumumkan kerjasama pada 2017 dengan komitmen memperkenalkan model motosikal baharu kapasiti sederhana.

Model itu dibangunkan Triumph, manakala pengeluaran diuruskan Bajaj. Foto model itu kini tular di Internet dengan gaya retro yang mendapat sentuhan moden. Berikut apa dapat diulas mengenai model berkenaan:

  • Lampu utama bulat dengan lampu signal belok dan cermin sisi gaya retro.
  • Ada visor angin untuk meningkatkan keselesaan tunggangan.
  • Bar hendal masih gaya konvensional.
  • Tangki minyak maskular dengan penutup krom.
  • Kurang penggunaan panel badan dan frem jelas kelihatan.
  • Pelana terpisah dan pembonceng belakang menerima bar genggam.
  • Sistem ekzos dengan dua peredam kembar dan rim jenis aloi hitam.
  • Tambahan aksesori seperti beg tangki, gad tangan, beg sisi dan pad tangki minyak.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) dengan monoshock di belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal ByBre dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk kedua-dua roda.
  • Tiada maklumat rasmi trenkuasa tetapi dijangka silinder tunggal dengan kapasiti enjin antara 350cc dan 400cc dan sistem penyejukan udara, serta transmisi manual 6-kelajuan.
  • Tarikh pelancaran dijangka awal tahun depan.

BACA >>> Triumph Siap Sedia Umum Model 200cc-700cc dengan Kerjasama Bajaj
BACA >>> Bajaj Auto Sudah Jadi Pemilik Jenama Motosikal Vincent Sejak 2017
BACA >>> Adakah Ini Imej Bonneville 200cc Hasil Kerjasama Bajaj-Triumph untuk Pasaran India?

SUMBER: Cartoq

Artikel Berkaitan

641
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, bajaj, Bajaj Auto India, Foto Intip, Royal Enfield 350cc, Spyshot, Triumph, Triumph Motorcycles

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my