• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Trak Pikap Hidrogen Toyota Hilux H2 Bakal Masuk UK Tahun Depan

Trak Pikap Hidrogen Toyota Hilux H2 Bakal Masuk UK Tahun Depan

December 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA mengumumkan projek pembangunan prototaip Toyota Hilux baharu dengan trenkuasa sel bahan api hidrogen (FCEV) yang dibangunkan daripada Toyota Mirai generasi kedua.

Ini bermakna Toyota Hilux bakal menjadi trak pikap FCEV pertama jenama itu yang akan dibina di Britan pada 2023 menerusi konsortium membabitkan beberapa rakan kejuruteraan teknikal dengan menggunakan dana Kerajaan Britain.

BACA >>> SUV Elektrik Toyota bZ4X (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM346k
BACA >>> Kenapa Toyota Kijang Innova Zenix (2023) Guna Platform TNGA-C, Bukan Lagi IMV?

Projek itu sebahagian daripada Pusat Pendorong Termaju (Advanced Propulsion Center, APC), iaitu inisiatif Kerajaan untuk pembangunan kenderaan sifar emisi di negara tersebut.

Dana bernilai £11.3 juta (RM60.7 juta) turut menampung perbelanjaan peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) seterusnya, iaitu membangunkan produk bukti konsep (proof of concept, POC) ke peringkat prototaip.

PERINCIAN TOYOTA HILUX H2

  • Satu unit Toyota Hilux dipilih sebagai asas projek pembangunan, menggunakan trenkuasa diesel asal dengan kotak gear ditanggalkan.
  • Lompong bawah bonet diisi sistem FCEV Toyota Mirai, membabitkan sel bahan api, motor elektrik dan tangki hidrogen. Bagaimanapun, tiada butiran kuasa atau spesifikasi dikongsikan.
  • Trenkuasa asal Toyotan Mirai menghasilkan kuasa 182hp dan tork 300Nm dengan titisan air diekstrak keluar dari paip ekzos.
  • Sebagai perbandingan, enjin 4-silinder 2.8L turbo diesel pada Toyota Hilux menghasilkan 201hp dan tork 500Nm.
  • Toyota Hilux H2 mungkin menggunakan konfigurasi pacuan semua roda (AWD), berbeza daripada Toyota Mirai dalam pacuan roda belakang (RWD).
  • Tangki hidrogen disediakan menawarkan jarak pemanduan hingga 647kmb dan turut dipengaruhi faktor aerodinamik dan berat trak pikap.

PEMBANGUNAN TOYOTA HILUX H2

  • Toyota Motor Manufacturing akan bekerjasama dengan firma lain di Britain untuk projek ini dengan bantuan pasukan R&D Toyota Motor Europe.
  • Firma kejuruteraan, Ricardo akan membantu dalam aspek integrasi teknikal komponen sel bahan api pada casis frem-tangga (ladder-frame) trak pikap itu.
  • Firma ETL pula membantu solusi pengurusan haba, manakala D2H menawarkan perkhidmatan kejuruteraan dalam aspek termodinamik.
  • Thatcham Research akan menggalas tugas menguruskan keselamatan rempuhan dan penarafan insurans.

Prototaip Toyota Hilux H2 akan dibina di kilang Burnaston, tahun depan.

Menurut Toyota, misi pengeluar itu adalah menyiapkan 'siri pengeluaran kuantiti kecil' dan 'menyiasat aplikasi tambahan berhubung teknologi sel bahan api dalam segmen kenderaan.

BACA >>> Toyota Prius (2023) Debut di Jepun dengan Pilihan Enjin Hibrid 2.0L, Boleh Cas Guna Solar
BACA >>> Paten Toyota Sienta (2022) Serba Baharu Tular di Indonesia

SUMBER: CarScoops

Related

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Advanced Propulsion Center (APC), autoterkini, Hilux Hidrogen, Roda4, Toyota Hilux H2, Toyota Motor Europe, Toyota Motor Manufacturing, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev