• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Oliveira Juara GP Thailand 2022, Quartararo Mungkin Hilang Gelaran Juara Dunia Musim Ini

Oliveira Juara GP Thailand 2022, Quartararo Mungkin Hilang Gelaran Juara Dunia Musim Ini

October 3, 2022 By Shawkath Leave a Comment

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GILIRAN Miguel Oliveira pula muncul juara, dan kali ini di GP Thailand 2022, yang iuga kemenangan kedua diraih pelumba Red Bull KTM itu selepas GP Indonesia musim ini.

Juara bertahan, Fabio Quartararo pula gagal mengutip sebarang mata di Buriram dan berisiko kehilangam gelaran juara dunia jika gagal meningkatkan prestasi untuk baki tiga aksi lagi musim ini.

BACA >>> Trek Basah Bantu Julang Oliveira Juara Pertama Litar Mandalika!
BACA >>> Pawang Diminta Turunkan Suhu Supaya Lembap, Hujan Sedikit di Litar Mandalika

&;

Saingan GP Thailand dilewatkan hampir sejam disebabkan hujan. Rookie Marco Bezzecchi bermula di petak utama, tetapi sudah ketinggalan selepas Turn 1 apabila didenda melebihi had trek dengan dipintas barisan pelumba lain.

Pelumba Ducati Lenovo, Jack Miller mendahului saingan selepas memintas rakan pasukan, Francesco Bagnaia, manakala Luca Marini (Mooney VR46 Ducati) terbabas ketika cuba merapatkan jurang dengan kelompok pelumba barisan depan.

Oliveira mula meningkatkan pecutan dan memintas Bagnaia dan Bezzecchi untuk mengejar Miller. Pelumba KTM itu beberapa kali membuat asakan dan akhirnya berjaya memintas Miller di selekoh. Pada masa sama, prestasi Quartararo pula semakin merosot dari tempat keempat ke posisi ke-19.

Anak emas Repsol Honda, Marc Marquez mengekori rapat Bagnaia untuk merebut podium ketiga. Aksi bertukar lebih menarik apabila Johann Zarco (Pramac Ducati) menyertai saingan Marquez-Bagnaia. Zarco memintas pelumba Honda untuk posisi keempat tetapi dilihat seperti teragak-agak untuk memintas Pecco.

Miller menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala Bagnaia di tempat ketiga. Zarco kekal di tempat keempat iaitu di depan Marquez. Enea Bastianini (Gresini Ducati) dan Maverick Vinales (Aprilia Racing) masing-masing mengakhiri saingan di tempat ke-6 dan ke-7.

Quartararo melepasi garisan penamat di tempat ke-17, iaitu di belakang Bezzecchi dengan gagal mengumpul sebarang mata.

BACA >>> Honda Jepun Tayang Dua Varian CBR250RR (2023) Serba Baharu di Litar Motegi
BACA >>> Espargaro Tukar Motor Sebab RS-GP Asal Guna Mode Eco, Tak Boleh Lebih 100kmj!
BACA >>> Miller Juara GP Japan 2022, Bagnaia Terbabas Cuba Pintas Quartararo

KEPUTUSAN MOTOGP THAILAND (BURIRAM) 2022
  1. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) 41m 44.503s
  2. Jack Miller AUS Ducati Lenovo (GP22) +0.730s
  3. Francesco Bagnaia ITA Ducati Lenovo (GP22) +1.968s
  4. Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP22) +2.490s
  5. Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +2.958s
  6. Enea Bastianini ITA Gresini Ducati (GP21) +13.257s
  7. Maverick Viñales SPA Aprilia Racing (RS-GP) +14.566s
  8. Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +14.861s
  9. Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP22) +15.365s
  10. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +18.097s
  11. Aleix Espargaro SPA Aprilia Racing (RS-GP) +19.041s
  12. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +19.659s
  13. Franco Morbidelli ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +22.439s
  14. Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +23.646s
  15. Raul Fernandez SPA KTM Tech3 (RC16)* +30.483s
  16. Marco Bezzecchi ITA Mooney VR46 Ducati (GP21)* +33.466s
  17. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +34.072s
  18. Fabio Di Giannantonio ITA Gresini Ducati (GP21)* +36.203s
  19. Cal Crutchlow GBR WithU Yamaha RNF (YZR-M1) +36.532s
  20. Danilo Petrucci ITA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +42.508s
  21. Darryn Binder RSA WithU Yamaha RNF (YZR-M1)* +49.992s
  22. Tetsuta Nagashima JPN LCR Honda (RC213V) +51.346s
  23. Luca Marini ITA Mooney VR46 Ducati (GP22) +2 laps
  • Remy Gardner AUS KTM Tech3 (RC16)* DNF

* Rookie

SUMBER: Crash

Related

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2022 GP Thailand, Auto Terkini, Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, GP Thailand, Marco Bezzecchi (VR46), Miguel Oliveira (KTM), MotoGP 2022, MotoGP Thailand 2022, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev