• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Mat Motor Jadi Marsyal Trafik untuk Konvoi Skuter

Video Mat Motor Jadi Marsyal Trafik untuk Konvoi Skuter

September 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR video seorang penunggang berhenti di tengah simpang tiga dan menjadi marsyal lalu linta bagi memberi laluan kepada konvoi skuter. Insiden dipercayai berlaku di Selangor, semalam.

Berdasarkan klip video kamera pemuka itu, kereta perakam berhenti di simpang berkenaan kerana mahu membelok ke kanan. Kebetulan lampu isyarat ketika itu bertukar merah.

BACA >>> Marsyal Konvoi 'Eksyen' Jadi Polis Kena Cekup, Seorang Berpangkat Datuk
BACA >>> Marsyal Konvoi Tiada Kuasa Kawal Trafik, Boleh Kena Tindakan Undang-Undang

Kemudian muncul seorang penunggang skuter dari laluan utama berhenti di tengah simpang tersebut dan terus turun mengawal trafik. Penunggang melambai sebagai isyarat supaya rakan konvoi lain meneruskan perjalanan walaupun lampu isyarat sudah bertukar hijau.

Marsyal itu juga dilihat sempat mengangkat tangan meminta kereta perakam menunggu sebentar sebelum membenarkan pemandu bergerak selepas semua penunggang konvoi selesai melepasi simpang berkenaan. Insiden itu dikatakan berlaku di simpang ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Berikut kapsyen dimuat naik dalam grup Facebook Dashcam Owners Malaysia;

Konvoi bang... jenis tak ada brek nak berhenti kat traffic light..orang nak pi hospital pula yang kena tunggu bagi laluan kat dia.."

Rata-rata netizen mengecam perbuatan itu dan meminta polis mengambil tindakan sewajarnya. Apa pandangan anda?

BACA >>> Wira Pun Nak 'Eksyen' Jadi Marsyal
BACA >>> Parkir Lorong Kecemasan Lebuh Raya: Polis Panggil Ketua Kelab Datang Mengadap
BACA >>> Konvoi Kapcai, Superbike dan Kereta Sport Tak Boleh Naik Genting Highlands!
BACA >>> Video Konvoi PM Halang Ambulans?
BACA >>> Pemandu CR-V Halang Ambulans Rupanya Ada Masalah Pendengaran

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Konvoi Skuter, Marsyal, roda2, Universiti Putra Malaysia (UPM), Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev