• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Wira Pun Nak 'Eksyen' Jadi Marsyal

Wira Pun Nak 'Eksyen' Jadi Marsyal

December 14, 2021 By Farah Leave a Comment

908
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KELAKUAN orang awam yang sesuka hati menghentikan pengguna jalan raya lain dengan menjadi marsyal berulang lagi. Jika tempoh hari melibatkan motosikal kuasa besar, kali ini Proton Wira pula.

Aksi Wira itu yang bertindak menghalang kenderaan lain di persimpangan lampu trafik bagi memberi laluan konvoi kenderaan di bandar Sitiawan, Perak, menjadi tular sejak semalam.

BACA >>> Marsyal Konvoi 'Eksyen' Jadi Polis Kena Cekup, Seorang Berpangkat Datuk

Dalam video 13 saat itu, Wira kelabu dengan jalur kain kuning-jingga atas bonet dirakamkan berhenti di tengah persimpangan lampu isyarat dan menyalakan lampu kecemasan untuk menahan kenderaan lain supaya memberikan laluan kepada satu konvoi kenderaan yang juga memasang jalur kain sama.

Rakaman video tular itu mendapat perhatian Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung yang kemudian membuat laporan polis. Susulan itu, pemandu Wira berkenaan sudah dipanggil untuk siasatan.

Menurut polis, pemandu Wira tersebut ialah lelaki berusia 29 tahun dan bekerja sebagai pemandu. Ujian saringan air kencing turut dilakukan dan didapati negatif dadah.

Berdasarkan siasatan awal, lelaki tersebut bertindak menjadi marsyal bagi memberi laluan kepada konvoi kereta yang datang dari arah Seri Manjung menghala sebuah kuil Hindu di Sitiawan. Kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Marsyal Konvoi 'Eksyen' Jadi Polis Kena Cekup, Seorang Berpangkat Datuk
BACA >>> Polis Cari Marsyal Konvoi 'Eskyen' Jadi Polis di Port Dickson

Artikel Berkaitan

908
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: konvoi, Marsyal, polis, Proton Wira, proton wira jadi marsyal, Sitiawan, tular, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
    Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my