INDIA bakal beralih menggunakan sistem kutipan baharu seperti di Eropah dengan memansuhkan sistem kutipan caj tol FASTag.
Di India, lebih 97 peratus kenderaan menggunakan sistem FASTag untuk bayaran tol dan kereta tanpa FASTag perlu bayar dua kali ganda.
Konsep baharu itu dikatakan lebih mesra pengguna kerana pemandu cuma perlu bayar mengikut jumlah kilometer pemanduan di Lebuhraya Kebangsaan dan lebuh raya lain.
BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Banyak Negara Tidak Benarkan Motosikal Guna Lebuh Raya?
Negara Eropah seperti Jerman dan Rusia menggunakan sistem kutipan tol mengikut kilometer pemanduan yang dapat dilaksanakan dengan berjaya.
BACA >>> Pakar Kesihatan Sambut Baik Syarat Khas Pemegang Lesen Warga Emas
SISTEM NAVIGASI SATELIT
- Di India, caj penuh akan dikenakan dari satu tol ke tol seterusnya walaupun pengguna keluar di tengah perjalanan ke destinasi dituju.
- Kerajaan Pusat India akan membuat kutipan cukai tol menggunakan sistem navigasi satelit. Buat masa ini, satu projek rintis (pilot) sedang dijalankan dan sistem akan membuat kiraan tol mengikut jarak kilometer pemanduan di lebuh raya.
CARA KUTIPAN TOL
- Hampir semua kenderaan (98.8 peratus) di Jerman dipasangkan sistem navigasi satelit, dan kiraan cukai dikenakan sebaik saja memasuki jalan raya bertol.
- Kiraan akan tamat sebaik saja keluar dari lebuh raya ke jalan raya tanpa tol.
- Caj jarak perjalanan akan ditolak dari akaun bayaran pengguna, dan sistem bayaran menerusi potongan dalam akaun adalah sama seperti FASTag.
- Sebelum pelaksanaan sistem baharu itu, dasar pengangkutan perlu dirombak di India yang mana pasukan pakar kini sedang menyiapkan perincian mengenai pelan itu.
- Projek ujian membabitkan 137,000 kenderaan seluruh negara.
- Laporan kajian sedang disiapkan pasukan pakar dari Rusia dan Korea Selatan. Butiran akan diumumkan beberapa minggu akan datang.
BACA >>> Lebuh Raya Filipina Kini Tanpa Tunai, Lorong RFID Siap Sedia Seluruh Negara
BACA >>> Kementerian Cadang LLM Benarkan Plaza Tol Lembah Klang Guna Semua Jenis Bayaran
BACA >>> #SembangDeras: Sentimen Rakyat Malaysia Tentang Kereta Macam Orang Amerika dan Pistol
BACA >>> Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
SUMBER: BusinessLeague
Leave a Reply