• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kementerian Cadang LLM Benarkan Plaza Tol Lembah Klang Guna Semua Jenis Bayaran

Kementerian Cadang LLM Benarkan Plaza Tol Lembah Klang Guna Semua Jenis Bayaran

June 23, 2022 By Wahid Leave a Comment

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan mencadangkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya membenarkan semua jenis bayaran digunakan di semua lorong Plaza Tol di Lembah Kelang.

Ini bermaksud tiada lagi lorong dibahagikan mengikut kaedah bayaran secara eksklusif, seperti Touch 'n' Go (TnG), SmartTAG, dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

BACA >>> Filipina Sediakan Stesen Baiki Motosikal, Basikal Percuma di Lebuh Raya

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, cadangan itu bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam bandar, terutama waktu puncak.

Pemandu sering tukar haluan ketika mendekati plaza tol untuk masuk lorong bayaran yang mereka pilih. Contohnya, pengguna RFID terpaksa merentas lorong lain. Perbuatan itu menyebabkan kesesakan kerana pemandu berebut ruang untuk membayar tol," katanya.

Kementerian juga mencadangkan palang di lorong tol dibuka sepenuhnya ketika waktu puncak untuk mempercepatkan pergerakan kenderaan.

Satu kaedah harus dikenal pasti supaya kenderaan dapat melalui plaza tol dengan lebih cepat pada waktu puncak."

Beliau juga berkata, pelan selanjutnya akan dibuat selepas mendapat jawapan LLM. Jalaluddin berkata sedemikian ketika melancarkan pasukan petugas khas untuk menjaga trafik. Pasukan tersebut akan dihantar ke 85 kawasan trafik paling sesak pada waktu puncak, membabitkan 72 lokasi yang dipantau polis, manakala 13 selebihnya anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tambahnya lagi, papan tanda akan didirikan di lokasi strategik untuk memberi amaran kepada pengguna kenderaan berat supaya tidak masuk ke pusat bandar antara jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi, dan 4.30 petang hingga 7.30 petang setiap hari.

BACA >>> Tiada Lagi Plaza Tol, Pakar Positif RFID Mampu Kurangkan Kesesakan Lebuh Raya
BACA >>> Semua Plaza Tol LEKAS Kini Ada Akses RFID

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), LLM, plaza tol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my