• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Semua Plaza Tol LEKAS Kini Ada Akses RFID

Semua Plaza Tol LEKAS Kini Ada Akses RFID

December 15, 2020 By Azizi H Leave a Comment

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNA Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) kini sudah boleh membayar tol menggunakan sistem Pengenalan Frekuensi Radio (RFID).

LEKAS dalam kenyataan rasmi berkata, pembayaran tol menggunakan sistem RFID dapat membantu melancarkan aliran trafik di lorong tol kerana pengguna tidak perlu lagi berhenti menyentuh kad pada pengimbas. Malah sistem RFID itu boleh digunakan di semua plaza tol LEKAS sama ada jenis tol terbuka atau tertutup.

Sistem RFID ialah mod baharu bayaran tol secara elektronik yang diperkenalkan di semua lebuh raya dengan sistem tol terbuka bermula Januari tahun ini. Ia adalah tambahan kepada sistem pembayaran sedia ada menggunakan kad Touch n' Go dan SmartTAG.

Mengenai sistem ini, apa perlu dilakukan pemilik kenderaan dengan pelekat RFID adalah sentiasa memastikan e-dompet mempunyai baki kredit mencukupi untuk menikmati perjalanan lancar dan selesa.

Dengan sistem RFID, pengguna dapat membuat transaksi bayaran tol dengan lebih mudah dan selesa, serta tiada kos penyelenggaraan kerana pelekat RFID tidak memerlukan bateri.

rfid-tng-malaysia-bg
e-wallet-tng

Tambah nilai pula boleh dibuat secara atas talian kerana sistem RFID menggunakan pelekat yang dihubungkan dengan aplikasi e-dompet Touch 'n Go eWallet. Ini secara langsung memudahkan pengguna menambah nilai tanpa perlu ke pusat khidmat pelanggan atau lokasi tambah nilai.

Pelekat RFID yang ditampal pada kenderaan juga unik kerana tidak mudah hilang atau tertanggal, dan tiada masalah jika dilekatkan terbalik atau mengalami situasi bateri lemah seperti peranti SmartTAG. Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan pelekat RFID atau ingin maklumat lanjut, boleh layari rfid.touchngo.com.my.

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Lebuh Raya, Lebuh Raya Tol, Lebuhraya LEKAS, Pengenalan Frekuensi Radio (RFID), RFID, SmartTag, Touch 'n Go (TNG)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
    Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my