HONDA dan Sony pernah mengumumkan rancangan mewujudkan satu usaha sama untuk membina kenderaan elektrik (EV) sekitar bulan Mac lalu.
Kini, timbul laporan menyatakan kedua-dua firma itu bersepakat untuk menyatakan bahawa usaha sama itu lebih baik dibuat secara bebas, menerusi satu syarikat berasingan.
BACA >>> Sony, Honda Jalin Kerjasama Bangunkan EV Menjelang 2025!
BACA >>> Sony Hasilkan Model Konsep Kereta Elektrik Vision-S yang Mampu Pecut 239kmj!
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sony, Kenichiro Yoshida memberitahu Nikkei Asia bahawa:
“Kami berkongsi pandangan bahawa adalah lebih baik untuk melaksanankan usaha sama bebas, dalam tempoh panjang, berbanding meletakkannya di bawah Sony atau Honda.”
Walaupun beliau ada menyatakan usaha sama itu juga mungkin membabitkan tawaran perkongsian saham awal, Yoshida tidak mendedahkan sebarang perincian mengenai pelan tersebut.
Nikkei Asia menyatakan jualan saham itu adalah untuk menyokong rancangan untuk menubuhkan sebuah syarikat bebas. Dalam pengumuman sebelum ini, rancangan adalah untuk membina dan menjual EV menjelang tahun 2025.
Honda akan menggalas tugas membina kenderaan di sebuah fasiliti pengeluarannya. Sony pula bertanggungjawab membangunkan dan menyediakan platform untuk rakan usaha samanya.
Buat masa ini, masih samar-samar mengenai status EV Honda-Sony EV sama ada ia ada hubung kait dengan model konsep Vision-S. Foto di bawah mempamerkan model Vision-S.
Sony sebelum ini sudah memperkenalkan dua model konsep EV iaitu Vision-S sedan dan Vision-S SUV (kenderaan utiliti sukan). Kedua-dua kenderaan itu dicipta dengan kerjasama beberapa firma nama besar seperti Magna Steyr, Bosch, ZF, Continental, Nvidia dan Qualcomm.
Model konsep Sony EV nampak agak menyakinkan atas kertas iaitu menggunakan dua motor elektrik, menawarkan kuasa 536hp. Sedan itu hadir dengan empat tempat duduk manakala versi SUV pula dengan tujuh kapasiti tempat duduk.
BACA >>> Honda Perkenal HR-V Elektrik di Eropah, Sama Seperti China?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Android Auto dan Apple CarPlay?
BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 1/2]: Ketahui Sejarah Aplikasi Bebas Tangan
BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 2/2]: Ketahui Fungsi, Kelebihan dan Cara Menggunakannya
SUMBER: Motor1
Leave a Reply