• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Skuter Elektrik Terbakar di India: Sel, Modul Bateri Jadi Punca?

Kes Skuter Elektrik Terbakar di India: Sel, Modul Bateri Jadi Punca?

May 10, 2022 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MISTERI insiden skuter elektrik tiba-tiba terbakar, termasuk meletup ketika dicas di India akhirnya terjawab. Punca kepada insiden berkenaan dikaitkan dengan sel dan modul bateri rosak.

Penemuan siasatan awal itu didedahkan selepas dua sumber Kerajaan India memaklumkan perkara itu kepada agensi berita Reuters.

BACA >>> Kes Bateri Terbakar: Ola Electric Panggil Balik 1,441 Skuter Elektrik di India
BACA >>> Kes Kebakaran: India Minta Pengeluar Tangguh Lancar Skuter, Motor EV Tahun Ini

Terdahulu, satu siasatan dijalankan ke atas tiga firma pengeluar skuter elektrik, termasuk OlaElectric di India berhubung beberapa insiden kebakaran, dan salah satu kes meragut nyawa seorang bapa dan anak perempuannya.

Sumber itu mendedahkan;

Dalam kes membabitkan Ola, sel bateri dan sistem pengurusan bateri didapati bermasalah. Kerajaan juga sudah mengambil sampel sel bateri daripada ketiga-tiga syarikat untuk siasatan lanjut.”

Hasil siasatan penuh diketahui dua minggu lalu, dan nerdasarkan laporan, sel bateri Ola Electric dibekalkan syarikat dari Korea Selatan, LG Energy Solution.

BACA >>> Warga Emas Maut Skuter EV Meletup dalam Rumah di India, Kualiti Bateri China Diragui?
BACA >>> Lagi Kes Maut Akibat Bateri Skuter Elektrik Meletup di India

Ola Electric turut melantik badan bebas membuat siasatan sendiri selain memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan India. Jurucakap syarikat berkata;

Mengikut penilaian awal pasukan pakar, ini bukan kesilapan sistem pengurusan bateri Ola Electric, mungkin berpunca daripada insiden terpencil membabitkan termal.”

Dua lagi syarikat disiasat ialah Okinawa dan PureEV. Laporan awal mendedahkan kes Okinawa membabitkan masalah sel dan modul bateri. Masalah PureEV pula dikaitkan dengan perumah bateri.

BACA >>> Geram Rosak Selepas 6 Hari, Pemilik Heret Skuter Elektrik dengan Keldai Pusing Bandar
BACA >>> Bateri Standard untuk Motosikal Elektrik Bakal Debut Tahun Ini
BACA >>> Kajian: Lebih 90 Peratus Penunggang Eropah Bantah Hasrat Haramkan Jualan Motosikal Petrol

SUMBER: OkeZone

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, autoterkini, Isu Skuter Elektrik Terbakar, LG Energy Solution, Okinawa, Ola, PureEV, skuter elektrik, Skuter Elektrik India Terbakar, skuter elektrik terbakar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev