• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda City Hatchback V-Sensing (2022) Kini di Malaysia, Harga RM91.7k!

Honda City Hatchback V-Sensing (2022) Kini di Malaysia, Harga RM91.7k!

April 12, 2022 By Shawkath Leave a Comment

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Malaysia hari ini meluaskan tawaran produk dengan menambah satu lagi varian dalam segmen hatchback jenama itu, iaitu City Hatchback V-Sensing.

Model itu ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM91,708.51, termasuk pengecualian cukai jualan yang akan berakhir 30 Jun tahun ini.

BACA >>> Selamat Datang Yoshimura, CEO Baharu Honda Malaysia!

Ini varian kedua selepas RS e:HEV dalam famili City Hatchback yang dilengkapi pakej Honda SENSING, iaitu ciri keselamatan termaju paling lengkap dalam kelas tersendiri.

City Hatchback V-Sensing ialah model paling ideal untuk eksekutif muda dan keluarga muda dengan gaya hidup aktif. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

City memang terkenal dengan kelebihan keselamatan dan teknologi termaju. Kami memperkenalkan varian City V-Sensing dalam barisan City pada November 2021. Rekod kami menunjukkan varian itu diterima baik.

“Pada suku pertama 2022, City V-Sensing menyumbang 34 peratus daripada jumlah jualan City yang menunjukkan trend positif untuk varian berkenaan dan pengenalan Honda Sensing, iaitu teknologi keselamatan termaju kami.

“Kini kami teruja memperkenalkan varian V-Sensing dalam siri City Hatchback. Kami yakin dua model City Hatchback dengan Honda SENSING akan memberi nilai tambah kepada pelanggan dan pada masa sama meningkatkan penanda aras dalam segmen.”

Teknologi Honda SENSING dibangunkan untuk menjayakan visi mobiliti masyarakat bebas pelanggaran dengan menggunakan kamera depan untuk menambah baik pengecaman halangan jalan semasa pemanduan.

BACA >>> Apakah Itu 'Honda Sensing' pada Honda CR-V (2017) - Power Sangat Ke?

Berikut ciri Honda SENSING pada City Hatchback V-Sensing:

  • Kawalan Jelajah Adaptif  (ACC)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Pergerakan Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

BACA >>> 6 Spesial Tentang Honda City Hatchback (2022) yang Perlu Anda Tahu, Baru Lancar Tadi!

Ciri Keselamatan Standard Lain

  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Peringatan Tali Keledar Belakang
  • 6 beg udara
  • Kamera Honda LaneWatch
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX I-Size.

BACA >>> #PanduUji: Abang Gan Cuba Honda City Hatchback RS di Sepang

PERINCIAN

  • Trenkuasa petrol aspirasi natural (NA) 1.5L DOHC i–VTEC dengan transmisi automatik CVT berkuasa 119hp dan tork 145Nm.
  • Lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu siang (DRL), lampu kabus dan lampu belakang.
  • Rim aloi 16 inci.
  • Ruang kabin menggunakan kemasan upholsteri kulit campuran hitam dengan sulaman benang perak.
  • Kerusi jenis Ultra Seat dengan empat mod konfigurasi lipatan.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Kluster instrumen TFT 7 inci.

BACA >>> Amerika Perkenal Honda HR-V (2023), Guna Platform Civic FE!
BACA >>> MAA: 84,303 Kenderaan Dijual Sepanjang Januari-Februari 2022
BACA >>> Kajian: Toyota Paling Kerap 'Recall' di UK
BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Setuju Bangunkan EV dengan Identiti Berbeza

Related

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Hironobu Yoshimura, Honda Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev