• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Parkir Lorong Kecemasan Lebuh Raya: Polis Panggil Ketua Kelab Datang Mengadap

Parkir Lorong Kecemasan Lebuh Raya: Polis Panggil Ketua Kelab Datang Mengadap

January 24, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FOTO tular sejumlah kereta Honda berhenti dan berkumpul di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai dekat Seremban, Negeri Sembilan nampaknya menarik perhatian polis.

Menurut Bernama, himpunan kereta itu dilakukan Sabtu lalu pada jam kira-kira 6.30 petang, dikatakan dianjurkan sekumpulan individu daripada kelab kereta FCCM-FC Club Malaysia yang kini dipanggil untuk memberikan keterangan.

Untuk permulaan, kita akan panggil ketua kelab itu dahulu, kita dah kenal pasti kira-kira 48 kereta setakat ini. Berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab munasabah seperti yang tular itu adalah satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

"Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu mengikut Kaedah 53(1) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959, iaitu tiada kenderaan daripada apa-apa kelas diletakkan atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan."

BACA >>> Marsyal Konvoi Eksyen Jadi Polis Kena Cekup, Seorang Berpangkat Datuk

Jika bersalah, hukuman denda ke atas individu terlibat boleh dikenakan di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dilakukan untuk menyelaraskan tindakan lanjut selain cadangan menyediakan tempat khusus di kawasan berkenaan untuk orang ramai bergambar dan menjaja.

Lebuhraya Temiang-Pantai ialah lokasi menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar kerana keindahan pemandangan di lokasi terbabit, tetapi tindakan mengambil gambar seperti tular itu boleh mengundang bahaya," kata polis.

Semalam, kelab kereta itu menerusi akaun di Facebook memuat naik beberapa foto menunjukkan deretan kenderaan dipercayai milik ahli kelab berkenaan berhenti di laluan kecemasan kedua-dua arah untuk mengambil foto yang didakwa sebahagian aktiviti lepak santai mereka.

BACA >>> Video Konvoi PM Halang Ambulans?
BACA >>> Polis: Konvoi PM Sampai Dulu Sebelum Ambulans
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Konvoi Motosikal? Buat 12 Tip Asas Ini Dulu!

SUMBER: Bernama

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: FCCM-FC Club Malaysia, Honda Civic, Konvoi Honda, Lebuhraya Temiang-Pantai, Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 s, Superintendan Mohd. Fazley Ab Rahman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my