• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Bridgestone Lancar Siri Tayar Berprestasi Potenza Sport, Ada 16 Saiz Pilihan

Bridgestone Lancar Siri Tayar Berprestasi Potenza Sport, Ada 16 Saiz Pilihan

November 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

BRIDGESTONE hari ini membuat debut siri tayar Potenza terulung syarikat iaitu Potenza Sport yang direka menggunakan teknologi termaju untuk menawarkan prestasi pengendalian cemerlang di jalan raya.

Potenza Sport mewarisi dan menambah baik beberapa prestasi utama daripada siri tayar Potenza sedia ada. Ia juga menetapkan standard baharu dalam aspek premium dan kestabilan di laluan lurus, memberi pemandu kawalan terbaik di permukaan jalan basah dan kering.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Berbunyi Selepas Silangkan Tayar?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Silang Tayar Kereta?

Bridgestone-POTENZA-Sport - 0
Bridgestone-POTENZA-Sport - 1
Bridgestone-POTENZA-Sport - 3

Potenza Sport memaparkan pelbagai inovasi terbaharu dalam corak bunga, kompaun dan pembinaan tayar. Tayar itu diberi inovasi alur air kecil tiga dimensi.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Perkara Tentang Tayar Donat yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> Kajian: Tayar Baharu UK Kini Wajib Ada Label Rating, Ramai Pengguna Tidak Tahu

Tujuannya adalah untuk meningkatkan ketegaran serta menambah baik serta mempertingkatkan kecekapan membrek dan rintangan lelasan.

Kompaun pula mengandungi satu formula yang menggabungkan campuran teknologi inovatif untuk menambah baik prestasi pengendalian di atas jalan basah dan kering.

Bridgestone juga menggunakan struktur hibrid baharu pada bahagian atas tayar (permukaan atau lebar tayar) untuk memaksimumkan kestabilan Potenza Sport semasa pemanduan kelajuan tinggi.

Tayar baharu itu juga menerima rangka binaan sporty baharu membantu pada meningkatkan kestabilan, respons stereng dan pada masa sama mengoptimumkan rintangan guling.

BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Tayar Kereta Kekal Tip-Top? Ikut Tip Mudah Ini

Bridgestone-POTENZA-Sport - 4
Bridgestone-POTENZA-Sport - 5
Bridgestone-POTENZA-Sport - 6

Semasa peringkat pembangunan dan rekaan tayar, teknologi tayar virtual memainkan tugas penting membantu Bridgestone mendapat ramalan tepat mengenai prestasi tayar sebelum proses pengeluaran dibuat mahupun sesi ujian tayar.

Teknologi ini ada dua manfaat iaitu bersifat mesra alam (tiada pembaziran) dan memendekkan tempoh proses pembangunan sekali gus mempercepatkan masa produk memasuki pasaran.

Ada 16 saiz pilihan Potenza Sport bermula dengan rim 18 hingga 19 inci dan anda boleh mendapatkannya daripada rangkaian pengedar sah  Bridgestone.

Pengarah Urusan Bridgestone Tyre Sales (M) Sdn. Bhd., Michael Chung berkata:

“Selepas tayar perdana Bridgestone Potenza S007A, (tayar) Potenza  Sport dicipta untuk memenuhi keperluan meluas kereta-kereta sedan sport premium, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan juga keperluan pemandu kereta sport berprestasi tinggi.

“Prestasi kenderaan mereka dapat dinikmati sepenuhnya pemandu pada masa sama mengekalkan kawalan.”  

Sebenarnya tayar Potenza Sport adalah komponen original atau asli yang digunakan beberapa jenama dan model kenderaan berprestij seperti Maserati MC20, Lamborghini Huracan STO dan BMW 8 Series.

Maklumat lanjut mengenai Potenza Sport boleh didapati menerusi laman www.bridgestonetyre.com.my

BACA >>> #TahukahAnda: Apa Keburukan Pakai Tayar Lebar Berbanding Tayar Standard?
BACA >>> Adakah Tayar Terpakai Selamat dan Boleh Digunakan?
BACA >>> #TahukahAnda: Mitos dan Fakta Tayar Nitrogen Kini Dibongkar
BACA >>> Ketahui 6 Cara Mudah Bilakah Anda Perlu Tukar Tayar Baharu?

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: Bridgestone, Bridgestone Potenza S007A, Bridgestone Tyre Sales (M) Sdn. Bhd, Michael Chung, Potenza Sport, Tayar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev