• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Malaysia Perkenal CR-V Black Edition, Harga Mula RM161k!

Honda Malaysia Perkenal CR-V Black Edition, Harga Mula RM161k!

October 28, 2021 By Shawkath Leave a Comment

219
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Malaysia sebentar tadi memperkenalkan varian kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, CR-V Black Edition yang ditawarkan pada harga jualan tanpa insurans RM161,914.

SUV yang dibangunkan daripada varian berasaskan pacuan dua roda (TC-P 2WD) itu disaluti warna Crystal Black Pearl (hitam kilat) menjadikannya serba hitam yang nampak anggun.

Honda Malaysia menyatakan CR-V Black Edition turut dilengkapi dengan Teknologi Keselamatan Termaju Generasi Baharu (Honda SENSING) dan merupakan unit pemasangan tempatan (CKD).

Ini secara tidak langsung memberi pelanggan pilihan tambahan CR-V daripada tiga varian sedia ada iaitu 2.0L 2WD (pacuan dua roda), 1.5L TC-P 2WD  (pacuan dua roda) dan 1.5L TC-P 4WD (pacuan empat roda).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata:

“Honda CR-V adalah model CKD pertama Honda Malaysia dalam barisan produk sejak 2003. Sejak itu, CR-V secara konsisten menerima sambutan daripada pasaran Malaysia dengan lebih 108,000 unit dijual.

“Model generasi kelima CR-V pula dilancarkan pada  2017 dan terus mengekalkan momentum jualan positif  yang menyumbang kepada lebih 43,000 unit dijual daripada jumlah jualan model berkenaan. CR-V terus mencatat jualan menggalakan dan mendominasi segmen SUV bukan nasional.”

CR-V merupakan model popular disebabkan faktor desain menarik, ruang dalaman elegan dan prestasi pemanduan luar biasa. Ia juga model pertama Honda yang dilengkapi teknologi Honda SENSING.

BACA >>> Honda Pertingkat Teknologi Keselamatan, Bakal Lancar Honda Sensing 360
BACA >>> Apakah Itu 'Honda Sensing' pada Honda CR-V (2017) - Power Sangat Ke?

CR-V serba hitam itu dipasang gril baharu berwarna hitam, lampu utama LED signatur Honda, bampar depan belakang juga bertona hitam. Tambahan lain ialah aplikasi rim aloi 18 inci dengan skim warna piano black (hitam kilat).

 Skim serba hitam turut dikenakan dalam ruang kabin dengan roda stereng, instrumen meter 7 inci TFT dan ventilator penyaman udara diberi kemasan hitam kilat.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nyamuk Suka Masuk Dalam Kereta?

05 CRV Black Edition_Rim_RGB
03 CRV Black Edition_Front Seat_RGB

Konsol tengah, papan pemuka dan trim panel pintu menerima kemasan kayu hitam. Barisan kerusi juga serba hitam dan diberi sulaman Black Edition (kerusi barisan depan).

Trenkuasa digunakan ialah 1.5L VTEC Turbocharged yang menghasilkan kuasa 190hp dengan tork 243Nm, lebih bertenaga berbanding prestasi trenkuasa 2.4 liter tetapi jimat bahan api.

CR-V juga dilengkapi fungsi pintar seperti Pemula Enjin Kawalan Jauh yang membolehkan pemandu menghidupkan enjin dan penyaman udara sebelum melangkah masuk dalam kabin.

BACA >>> Honda CR-V Black Edition (2021) Lancar Di Thailand, Harga Mula RM187k!
BACA >>> Jepun Lancar Honda CR-V BLACK EDITION dengan Pilihan 7-Kerusi
BACA >>> Proton Saga Black Knight Muncul Juara Hagerty Festival of the Unexceptional 2021
BACA >>> #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah

Related

219
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda CR-V Black Edition, Honda Malaysia, honda sensing, Madoka Chujo, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev