• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah

#TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah

December 26, 2019 By Brader Shawn 3 Comments

7.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ASAP yang keluar dari paip ekzos sebenarnya boleh memberi petunjuk awal mengenai masalah dalaman sesebuah kereta. Amnya, ada empat jenis warna asap kenderaan yang perlu diberi perhatian khusus iaitu: hitam, biru, kelabu dan putih.

Kenali simptom, dan perincian masalah yang berlaku seperti berikut:

1. ASAP HITAM


Sekiranya ada asap hitam keluar dari muncung ekzos, itu bermaksud enjin kereta tidak dapat udara mencukupi yang menyebabkan bahan api dibakar berlebihan.

Apa perlu diperiksa ialah penapis udara yang kemungkinan tersumbat. Anda juga disarankan membersihkan penapis atau menukar baharu.

Jika penapis udara dalam kondisi baik, tetapi ekzos masih mengeluarkan asap hitam, itu mungkin petanda injektor bahan api, manifold atau komponen lain mengalami masalah. Langkah terbaik, bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lebih teliti.

2. ASAP BIRU

Apabila asap berwarna sedikit kebiru-biruan, itu bermaksud ada kebocoran dalam enjin. Enjin anda mungkin sedang membakar minyak hitam.

Kebocoran minyak hitam boleh berlaku disebabkan kerosakan pada kedap injap (valve seal), masalah pada dinding silinder atau gelang piston (piston ring) haus/rosak. Jika asap biru keluar ketika memecut, itu mungkin kerana gelang piston rosak. Jika asap berwarna sama keluar ketika nyahpecut, kebarangkalian itu berpunca daripada kepala silinder.

3. ASAP KELABU


Asap kelabu merujuk kepada situasi enjin membakar minyak gear/transmisi. Petanda lain, anda akan terhidu bau asap semacam terbakar. Itu juga mungkin petanda berlaku masalah terhadap komponen pengecas turbo (jika kereta berenjin turbo) dan enjin menggunakan terlalu banyak bahan api.

Penyelesaian paling ideal, bawa segera kereta ke bengkel.

4. ASAP PUTIH


Asap putih menandakan ada kebocoran melibatkan bahan penyejuk (coolant). Apa perlu dilakukan adalah buat pemeriksaan untuk melihat sebarang masalah kebocoran gasket pada kepala enjin.

Jika memang berlaku kebocoran coolant, ini akan menyebabkan masalah panas lampau (overheat) pada enjin. Jika kerja-kerja baik pulih lambat, silinder atau blok enjin boleh retak.

SUMBER: Carmudi

7.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, ekzos, Ekzos Keluar Asap Putih, Jenis Asap Ekzos, tip, Warna Asap Ekzos

Comments

  1. Shahreend says

    May 26, 2020 at 7:45 AM

    Salam.ada sesiapa tau kedai mana ada buat wiring kereta.proton saga 1.3 s. Wiring dah banyak reput..t.kasih

    Reply
  2. Sham Shukur says

    September 24, 2020 at 7:07 PM

    Dekat area chowkit ada 1 kedai membaiki wayaring kereta (kawasan bangunan umno lama).... Berdekatan dgn pejabat pos dekat pasar basah chowkit... Boley tanya² orang area situ (nama pemilik kedai mr. Lim.)

    Reply
  3. Awang Damit Bin Ambar says

    October 4, 2020 at 8:00 PM

    kreta saya mesalah asap hitam... bermacam" sudah saya ganti... tapi masih juga... ada ka ecu cumputer box rosak??

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my