
BMW ada mempertonton sebuah konsep basikal elektrik (e-basikal) yang dilengkapi teknologi bantuan kayuhan kelajuan tinggi untuk kegunaan dalam bandar.
Dipanggil sebagai BMW i Vision AMBY, basikal itu sudah dipertonton kepada orang ramai semasa Pameran Motor Munich (IAA Mobility). Berikut ialah perinciannya:
BACA >>> BMW Emas Kena Sita Sebab Silau Sangat
- Nama Amby bermaksud Adaptive Mobility (Mobiliti Adaptif) yang menggabungkan desain e-basikal konvensional dengan gaya futuristik.
 - Hadir dengan tiga pilihan kelajuan seperti berikut:
- 25kmj untuk laluan basikal - (Vmod1)
 - 45kmj untuk jalan biasa - (Vmod2)
 - 60kmj untuk laluan ekspres atau laluan kedua (secondary) - (Vmodmax)
 
 

- BMW dalam pembentangannya menunjukkan kadar kelajuan boleh berubah pada masa nyata (real time) berdasarkan teknologi geo-fencing.
 - Ini bermaksud kelajuan pergerakan boleh menurun secara automatik semasa memasuki kawasan bandar dan kembali meningkat di kawasan yang dibenarkan.
 
- Secara teknikal, model konsep itu adalah dalam kategori e-basikal tetapi pada masa sama, ia berkongsi sebahagian ciri e-motosikal.
 - Satu unit motor elektrik dan pek bateri 2kWh membolehkan basikal itu meluncur laju.
 - Pek bateri itu membantu basikal tersebut mencecah jarak sejauh 300km jika guna Vmod1. Jarak tunggangan mengikut mode lain ialah 180km bagi tetapan Vmod2 dan 75km untuk Vmodmax.
 
BACA >>> Kawasaki Thailand Lancar Dua Model Basikal, Lebih Mahal daripada Ninja ZX-25R
- Bateri boleh dicas semula dalam masa tiga jam iaitu hampir sama dengan bateri beberapa jenis e-motosikal.
 - Unit motor diposisikan lebih rendah (dipercayai di bahagian kayuhan) dan hantaran kuasa ke roda belakang dibuat menggunakan tali sawat.
 - Menggunakan swingarm sebelah yang dipasang rim 27.5”.
 - Roda belakang dan pek bateri boleh ditanggal untuk memudahkan proses memasukkan basikal ke dalam kereta.
 - Dilengkapi fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Lampu Tinggi, Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar dan Sistem Radar Anti-Pelanggaran.
 
BACA >>> Ducati MG-20 - Basikal Lipat Elektrik dengan 3 Mod Kuasa, Harga RM9.2k!
BACA >>> Ceroboh Masuk Lorong Basikal di Filipina Boleh Kena Kompaun Hingga RM420
BACA >>> Basikal Pakai Halfcut Yamaha NMAX Jadi Perhatian
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?
SUMBER: InsideEVS
 
 
 
 
 
 
Leave a Reply