• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW Dedah Basikal Elektrik i Vision AMBY, Tiga Mode Kelajuan, ABS dan Sistem Radar

BMW Dedah Basikal Elektrik i Vision AMBY, Tiga Mode Kelajuan, ABS dan Sistem Radar

September 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BMW ada mempertonton sebuah konsep basikal elektrik (e-basikal) yang dilengkapi teknologi bantuan kayuhan kelajuan tinggi untuk kegunaan dalam bandar.

Dipanggil sebagai BMW i Vision AMBY, basikal itu sudah dipertonton kepada orang ramai semasa Pameran Motor Munich (IAA Mobility). Berikut ialah perinciannya:

BACA >>> BMW Emas Kena Sita Sebab Silau Sangat

  • Nama Amby bermaksud Adaptive Mobility (Mobiliti Adaptif) yang menggabungkan desain e-basikal konvensional dengan gaya futuristik.
  • Hadir dengan tiga pilihan kelajuan seperti berikut:
    • 25kmj untuk laluan basikal - (Vmod1)
    • 45kmj untuk jalan biasa - (Vmod2)
    • 60kmj untuk laluan ekspres atau laluan kedua (secondary) - (Vmodmax) 

  • BMW dalam pembentangannya menunjukkan kadar kelajuan boleh berubah pada masa nyata (real time) berdasarkan teknologi geo-fencing.
  • Ini bermaksud kelajuan pergerakan boleh menurun secara automatik semasa memasuki kawasan bandar dan kembali meningkat di kawasan yang dibenarkan.
  • Secara teknikal, model konsep itu adalah dalam kategori e-basikal tetapi pada masa sama, ia berkongsi sebahagian ciri e-motosikal.
  • Satu unit motor elektrik dan pek bateri 2kWh membolehkan basikal itu meluncur laju.
  • Pek bateri itu membantu basikal tersebut mencecah jarak sejauh 300km jika guna Vmod1. Jarak tunggangan mengikut mode lain ialah  180km bagi tetapan Vmod2 dan 75km untuk Vmodmax.

BACA >>> Kawasaki Thailand Lancar Dua Model Basikal, Lebih Mahal daripada Ninja ZX-25R

  • Bateri boleh dicas semula dalam masa tiga jam iaitu hampir sama dengan bateri beberapa jenis e-motosikal.
  • Unit motor diposisikan lebih rendah (dipercayai di bahagian kayuhan) dan hantaran kuasa ke roda belakang dibuat menggunakan tali sawat.
  • Menggunakan swingarm sebelah yang dipasang rim 27.5”. 
  • Roda belakang dan pek bateri boleh ditanggal untuk memudahkan proses memasukkan basikal ke dalam kereta.
  • Dilengkapi fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Lampu Tinggi, Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar dan Sistem Radar Anti-Pelanggaran.

BACA >>> Ducati MG-20 - Basikal Lipat Elektrik dengan 3 Mod Kuasa, Harga RM9.2k!
BACA >>> Ceroboh Masuk Lorong Basikal di Filipina Boleh Kena Kompaun Hingga RM420
BACA >>> Basikal Pakai Halfcut Yamaha NMAX Jadi Perhatian
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?

SUMBER: InsideEVS

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: basikal elektrik, Basikal Futuristik, BMW, BMW i Vision AMBY

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my