• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Mengapa Tongkat Sisi Motosikal Dipasang Sebelah Kiri?

#TahukahAnda: Mengapa Tongkat Sisi Motosikal Dipasang Sebelah Kiri?

September 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERSOALAN mengapa tongkat sisi atau side stand dipasang di sebelah kiri motosikal masih ditanya pengguna. Mengapa pengeluar motosikal tidak memasangnya di sebelah kanan?

Ada beberapa teori yang cuba memberi justifikasi dan merungkai misteri mengenai posisi tongkat sisi motosikal. Berikut ialah adalah beberapa penerangan yang kami temui:

BACA >>> Honda Patenkan Tongkat Sisi Motosikal Guna Konsep Mekanikal Baharu

1. Pencipta Tongkat Sisi

  • Penulis buku Bicycle: The History, David V. Herlihy menyatakan tongkat sisi adalah satu aksesori yang dicipta semula beberapa kali.
  • Beliau menyatakan lelaki warga Perancis, Alfred Berruyer ialah individu pertama dunia melukis blueprint tongkat sisi pada 1869. Posisinya adalah di sebelah kiri basikal dan dipasang pada bar hendal.
  • Pada 1926, individu bernama Eldon Henderson dilaporkan memfail paten satu lagi tongkat sisi iaitu jenis lebih pendek dan lebih sesuai untuk kenderaan roda dua moden. Tongkat itu apabila ditolak, ia akan naik dan berada di bawah frem.

2. Kuda 

  • Teknik orang British menaiki kuda iaitu dari kiri sejak zaman dahulu didakwa antara amalan yang dibawa kepada cara menaiki basikal dan motosikal. Khabarnya, ini adalah detik permulaan trend orang menaiki kenderaan roda dua dari arah kiri.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Debu Brek Terhasil dan Cara Atasi?

3. Teori Orang Tangan Kanan

  • Ada beberapa laporan menyatakan Bumi didominasi orang tangan kanan iaitu sekitar 85 peratus populasi penduduk dunia.
  • Orang tangan kanan lazimnya akan mengangkat kaki kanan untuk naik dan duduk di atas pelana atau turun motosikal. Jika melangkah dengan kaki kiri, ia boleh menyebabkan hilang imbangan badan. Teori ini bukan sesuai untuk setiap penunggang.

4. Posisi Brek Kaki

  • Motosikal yang dicipta jurutera Jerman dan Britain sejak dahulu dikatakan menempatkan tongkat sisi di sebelah kiri. Teori itu adalah berkait imbangan berat dan lebih selamat untuk parkir di tepi jalan (pemanduan kiri).
  • Ekzos kebanyakan motosikal biasa dipasang pada sebelah kanan dan begitu juga penendang kaki untuk menghidupkan enjin. Jika tongkat sisi berada di sebelah kanan, ia mungkin satu gangguan.
  • Ada teori mendakwa posisi tongkat sisi di sebelah kiri adalah lebih selamat kerana komponen itu boleh dinaikan semula (jika penunggang terlupa) semasa motosikal bergerak perlahan dan ia tidak menjejaskan keupayaan untuk menekan brek kaki (apabila diperlukan).  

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Ciptaan Penting Dunia Motosikal yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Membaca Tayar Motosikal Anda?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Mufler Motosikal Semakin Pendek?
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Lampu Motosikal Sentiasa Terpasang Punca Bateri Lemah?

SUMBER: BreakDownChief | NewYorkTimes | Tumpertalk

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Alfred Berruyer, David V. Herlihy, Eldon Henderson, mengapa tongkat sisi sebelah kiri, roda2, tongkat sisi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev