• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 91 Tahun Setia Satu Jenama, Ford Hadiahkan Mustang Mach-E kepada Atuk 101 Tahun

91 Tahun Setia Satu Jenama, Ford Hadiahkan Mustang Mach-E kepada Atuk 101 Tahun

August 25, 2021 By Shawkath Leave a Comment

21.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD menghadiahkan kereta elektrik Mustang Mach-E kepada seorang warga emas berusia 101 tahun sebagai tanda terima kasih atas kesetiaan lelaki itu  memiliki 20 buah kenderaan jenama Ford sejak 91 tahun lalu.

Harold Baggott lahir pada 1920 dan mula memperoleh lesen memandu pada 1936 ketika bersia 16 tahun. Sebenarnya, dia sudah mula memandu ketika usia 10 tahun.

BACA >>> Ford Mustang Mach-E - Crossover EV Berkuasa dengan Jarak Perjalanan Hingga 600km!
BACA >>>> Kenapa Port Pengecas Kereta Elektrik Tidak Universal?

Pada 1930, dia pernah memandu kereta keluarga jenis Ford Model T untuk membuat kiriman barang. Beliau membeli kereta pertama jenis Ford 8 Popular pada 1937 dengan bayaran £100 (bandingan harga sekarang, RM40,160).

Setahun kemudian, dia membeli pula Ford Anglia dan sepanjang tempoh 91 hidupnya, lelaki itu pernah memiliki 20 kereta jenama Ford.

Memandangkan kesetiaannya, Ford memutuskan menghadiahkan model kereta paling moden syarikat, iaitu Mustang Mach-E!

Baggott berkata;

Sejak usia 10 tahun saya suka memandu. Saya rasa seronok berpeluang memandu kereta elektrik penuh. Mengimbau kembali masa ketika zaman Ford Model T, saya sedar perubahan yang berlaku.

“Memang momen menyeronokkan mengemudi stereng dan saya tidak sabar untuk melawat cucu dan cicit sendiri memandu," katanya.

Beliau bersama dua cicitnya, Felix dan Charlie memandu Mustang Mach-E sebaik saja menerima hadiah itu. Baggott mengakui kagum dengan tahap kesenyapan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.

Di Amerika Syarikat (AS), Mustang Mach-E berharga antara AS$43,995 hingga AS$66,000 (RM185,130- 277,730).

Mustang Mach-E versi standard hadir dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) dan ada pilihan pacuan semua roda (AWD). SUV itu menggunakan sistem elektrik 75.7kWh, menghasilkan kuasa 255hp dan mampu memecut 0-100kmj sepantas 6-7 saat.

Jarak pemanduan maksimum 370km, manakala versi AWD mampu dipandu sejauh 338km dengan setiap cas penuh.

BACA >>> Tuner India Ubah Kereta Ekonomi Korea Jadi Ford Mustang (1969)
BACA >>> Pencuri UK Sasar Tembaga dalam Kabel Pengecas Kereta Elektrik
BACA >>> Harga Kereta Elektrik Turun Hampir 50 Peratus di China, Dapat Beli Semurah RM8.3k
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Brek Enjin dengan Betul Jika Memandu Kereta Automatik
BACA >>> Inilah 5 Cara Memandu Teruk Yang Boleh Rosakkan Kereta Anda [SIRI 1]
BACA >>> Inilah 5 Cara Memandu Teruk Yang Boleh Rosakkan Kereta Anda [SIRI 2]

SUMBER: CarScoops

Related

21.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ford, Ford 8 Popular, Ford Anglia, Ford Model T, Harold Baggott, Mustang Mach-E

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev