• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda CR-V Black Edition (2021) Lancar Di Thailand, Harga Mula RM187k!

Honda CR-V Black Edition (2021) Lancar Di Thailand, Harga Mula RM187k!

August 25, 2021 By Shawkath Leave a Comment

796
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Thailand memperkenalkan varian baharu Honda CR-V Black Edition ke pasaran tempatan sebagai cara meraikan dominasi dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz besar atau L-SUV. Khabarnya, firma itu sudah menguasai 61 peratus segmen tersebut sepanjang tempoh enam bulan tahun ini.

Black Edition diposisikan antara enam varian CR-V di Thailand dan harga jualannya ialah 1,467,000 baht (RM187,705). Berikut ialah perincian mengenainya:

Honda CR-V Black Edition - 0
Honda CR-V Black Edition - 1
  • Badan SUV itu serba hitam dengan salutan cat pearl crystal black (hitam kilat), rel bumbung sport, set bampar, perumah cermin sisi dan rim 17 inci bertona hitam. Gril depan juga berwarna krom hitam. Ada lencana Black Edition pada bahagian belakang.
  • Dilengkapi bumbung suria panoramik elektrik menggunakan sistem One-Touch untuk buka atau tutup.
  • Menggunakan lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu signal membelok,  lampu siang (DRL) dan lampu belakang.

  • Trenkuasa jenis petrol 4-silinder 2.4 liter DOHC i-VTEC menghasilkan kuasa 173hp pada  6,200rpm dan tork 223Nm @ 4,000rpm.
  • Sistem transmisi jenis CVT dan menggunakan sistem pacuan dua roda. Di Thailand, ada varian SUV menggunakan minyak diesel dengan trenkuasa 1.6 liter i-DTEC dan sistem pacuan semua roda.

BACA >>> Jepun Lancar Honda CR-V BLACK EDITION dengan Pilihan 7-Kerusi

Honda CR-V Black Edition Thailand - 6
Honda CR-V Black Edition Thailand - 0
  • Ruang kabin juga bertona gelap dengan konsol tengah berwarna Piano Black (hitam). Tempat duduk berbalut material kulit dengan paparan sulaman Black Edition.
  • Ciri lain ialah ada fungsi pengecas telefon pintar tanpa wayar, butang buka dan tutup pintu bonet kuasa  elektrik, skrin sesentuh 7-inci dengan fungsi Advanced Touch untuk sambungan Apple CarPlay selain arahan suara melalui Siri.

BACA >>> Honda e Akan Gantikan Cermin Sisi Konvensional dengan Teknologi Kamera Sisi

Honda CR-V Black Edition Thailand - 3
Honda CR-V Black Edition Thailand - 4
Honda CR-V Black Edition Thailand - 5
  • Teknologi keselamatan membabitkan sistem Honda LaneWatch yang membantu proses penukaran lorong dengan lebih selamat, ada brek parkir elektrik, sistem Auto Brake Hold, sistem Driver Attention Monitor dan Walk Away Auto Lock.
  • Cermin sisi akan lipat secara automatik dan cermin belakang pula boleh bertukar cerah atau gelap secara automatik (Auto Dimming Rear View Mirror).

BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Persona Black Edition (2021)? Harga RM54.7k
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Exora Black Edition (2021)? Harga RM67.8k
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

Honda CR-V Black Edition Thailand - 8
Honda CR-V Black Edition Thailand - 0
Honda CR-V Black Edition - 0
Honda CR-V Black Edition - 1
Honda CR-V Black Edition Thailand - 2
Honda CR-V Black Edition Thailand - 6
Honda CR-V Black Edition Thailand - 7
Honda CR-V Black Edition Thailand - 9
Honda CR-V Black Edition - 2
Honda CR-V Black Edition Thailand - 5
Honda CR-V Black Edition Thailand - 3
Honda CR-V Black Edition Thailand - 1

SUMBER: Honda

Related

796
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda CR-V Black Edition, Honda Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev