CFMoto nampaknya sedang menyiapkan siri sportbike baharu yang memiliki spesifikasi lebih tinggi daripada 250SR dan 300SR.
Rancangan pengeluar motosikal China itu bocor dalam satu surat kelulusan yang mendedahkan kehadiran model 250SR-R, atau mungkin juga 300SR-R yang dihasilkan untuk pasaran tertentu.
Buat masa ini, CFMoto menawarkan model sport 250SR dan 300SR yang berkongsi rekabentuk sama, tetapi berbeza sesaran kapasiti. Spesifikasi kedua-dua model itu juga tidak jauh berbeza.
BACA >>> CFMoto 250SR Lancar di China dengan Seragam Lumba Baharu, Harga Kekal RM14k!
BACA >>> QJMOTOR R250 (2021) - Sportbike 250cc Swingarm Sebelah, Harga Cuma RM12k!
Ada laporan mendakwa motosikal baharu CFMoto itu mirip 250SR (foto atas) dengan trenkuasa sama. Umum mengetahui, abjad R sering dikaitkan sebagai model lebih sporty atau prestasi.
Turut ada laporan menyatakan enjin 250SR-R sama seperti 250SR di pasaran China, berkuasa 29hp. Bagaimanapun, SR-R ada kelebihan kerana memiliki berat kasar lebih ringan, 157kg berbanding 250SR (165kg).
Pengurangan berat 8kg itu menandakan CFMoto ada menggunakan komponen ringan dalam pembuatan model tersebut. Dokumen turut mendedahkan penggunaan swingarm sebelah berbanding swingarm standard 250SR.
Biasanya, swingarm sebelah lebih berat berbanding jenis standard tetapi senario itu nampaknya tidak menjejaskan pengurangan berat keseluruhan SR-R.
Fork SR-R pula berwarna keemasan, yang memberikan petunjuk awal penggunaan komponen berprestasi. Rim belakang juga berbeza (disebabkan jenis swingarm).
Tambahan lain ialah winglet lebih besar fairing sisi, sama ada jenis gentian karbon atau cuma sekadar pelekat. Tiada data daya mendap (downforce) dikongsi. Mungkin hiasan semata-mata.
CFMoto 250SR-R dijangka dilancarkan dalam masa terdekat dengan menyertai barisan produk 2022.
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Sportbike Supaya Kekal Anggun, Bersih
BACA >>> Benelli Leoncino 500 Sport (2021) Lancar di China dengan Ekzos Barel, Hendal Clip-On
BACA >>> Jualan Motosikal Jepun Merosot, Kapcai 50cc Dijangka Pupus
SUMBER: CycleWorld
Leave a Reply