• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / QJMOTOR R250 (2021) - Sportbike 250cc Swingarm Sebelah, Harga Cuma RM12k!

QJMOTOR R250 (2021) - Sportbike 250cc Swingarm Sebelah, Harga Cuma RM12k!

June 4, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA beberapa foto tular pada Mac lalu menunjukkan kelibat sportbike 250cc misteri. Identiti motosikal itu akhirnya terdedah di Pameran Motor Beijing di China baru-baru ini.

Dipanggil QJMOTOR R250 (2021), inilah motosikal terbaharu diperkenalkan Qianjiang Motor yang tampil dengan rekabentuk sporty dan dilengkapkan beberapa komponen menarik harga 19,999 yuan (RM12,890).

Berikut ialah perincian QJMOTOR R250 (2021):

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Swingarm Motosikal Moden Bengkok?

  • Trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 250cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 27.9hp @ 9,500rpm dan tork 22.5Nm @ 7,250rpm. Tiada maklumat mengenai kotak gear didedahkan. Menariknya, ada klac antigelincir sebagai ciri standard.
  • Rekabentuk nampak seperti gabungan pelbagai model superbike popular dunia. Misalnya, rekaan lampu depan nampak seperti Honda CBR1000RR lama, ventilator udara seakan BMW S1000RR dan gaya badan Yamaha YZF-R25 versi lebih agresif.
  • Rupa belakang mirip bahasa rekabentuk siri Yamaha R yang diadun bersama Ducati Panigale.

BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Tip Mudah Hilangkan Calar, Retak Panel Meter Motosikal

  • Sistem lampu depan, belakang dan lampu signal belok jenis LED. Panel meter jenis digital penuh TFT, dan disediakan juga port USB di tepi spidometer.
  • Ada swingarm tunggal aluminium kompak yang membantu memendekkan jarak roda, dan turut memberikan sedikit  kelebihan di litar. Rim sport dalam dwi-tona.

BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Buat Jika Rotor Brek Karat?

  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock boleh laras di belakang. Sistem ekzos diposisikan bawah motosikal.
  • Rim 17 inci dibalut tayar saiz 110/70 untuk roda depan dan 140/60 di belakang. Sistem brek jenis cakera tunggal yang dipadukan bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

  • Sportbike ini memiliki berat 159kg, manakala kapasiti tangki minyak 12.5 liter, dan didatangkan dengan pelana terpisah untuk penunggang dan pembonceng. Tinggi pelana 780mm.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kereta Jarang Pandu Sepanjang PKP, Isi Minyak Penuh, atau Biarkan Saja?
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Menarik Tentang Tayar yang Patut Anda Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Beli Superbike Terpakai

SUMBER: Info.Xcar | WarungAsep

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW S1000RR, QJMOTOR R250 (2021), QJMOTOR RACE 250, roda2, sportbike, Sportbike China 250cc, Sportbike Suku Liter, Yamaha YZF-R25

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my