• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli Leoncino 500 Sport (2021) Lancar di China dengan Ekzos Barel, Hendal Clip-On

Benelli Leoncino 500 Sport (2021) Lancar di China dengan Ekzos Barel, Hendal Clip-On

June 5, 2021 By Aryon Leave a Comment

623
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI melancarkan model middleweight gaya scrambler, Leoncino 500 Sport (2021) di China dengan melakukan beberapa perubahan yang lebih menumpukan aspek kosmetik supaya tampak seperti cafe racer kalsik dengan mengekalkan trenkuasa dan komponen sedia ada.

Model Leoncino 500 sudah berada di pasaran tempatan sejak Julai tahun lalu, dibawa masuk wakil pengedar rami motosikal Benelli di Malaysia, MForce Bike Holding Sdn Bhd pada harga RM29,288.

BACA >>> Benelli Leoncino 500 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Harga RM29.2k!
BACA >>> Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!

Berikut ringkasan Leoncino 500 Sport (2021):

  • Lampu depan bulat dikekalkan, tetapi disarungkan fairing bulat berserta visor angin yang membuatkan penampilan model ini nampak retro dan tersendiri.
  • Bar hendal set tunggal digantikan dengan unit clip-on, manakala ekzos jenis dwi-barel.
  • Ada beg kecil dipasangkan pada sisi kanan yang bukan saja menyerlahkan rupa, tetapi juga menambah fungsi praktikaliti.
  • Trenkuasa dijana enjin 500cc Parallel-Twin yang menghasilkan kuasa 47.5bhp dan tork 47Nm.
  • Bahagian roda dipasangkan rim jejari 17 inci yang dibalut tayar 120/70 di depan dan 160/60 di belakang.
  • Sistem suspensi menggunakan unit fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.
  • Sistem henti diserahkan kepada unit brek cakera kembar di depan dan cakera tunggal di belakang.
  • Ciri lain model ini ialah sistem lampu LED penuh dan panel meter digital penuh.

BACA >>> Inilah 5 Sebab Ducati Scrambler Icon Dark Sesuai untuk Anda

623
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: benelli, Benelli Leoncino 500 Sport (2021), MForce Bike Holding Sdn Bhd, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my