• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Indonesia Sudah Boleh Masuk Tol Tak Perlu Berhenti, Tanpa Palang Tahun Depan

Pemandu Indonesia Sudah Boleh Masuk Tol Tak Perlu Berhenti, Tanpa Palang Tahun Depan

August 16, 2021 By Han Othman Leave a Comment

7.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIADA lagi palang di plaza tol lebuh raya Indonesia tahun depan, bermula di Jawa dan Balik sebelum diperluas seluruh negara itu menjelang 2023.

Sistem bayaran tol tanpa henti itu, dipanggil Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) adalah alternatif dilakukan pengendali tol di sana, PT Roatex Indonesia Toll System dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya di republik tersebut.

BACA >>> Filipina Sedia Tempat Khas Penunggang Motosikal Berhenti Ketika Hujan di Lebuh Raya

SIAP SEDIA ATASI PENGGUNA MASUK TIDAK BAYAR

PT Roatex Indonesia Toll System juga sudah bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan mengenai isu berbangkit seperti pengguna jalan raya yang cuba memasuki lebuh raya secara percuma atau sesiapa yang cuba menggodam sistem tol berkenaan.

Antaranya ialah pemasangan struktur gantri pada pintu masuk lebuh raya yang dilengkapi modul pengawasan seperti kamera untuk mengesan kenderaan atau data kenderaan yang melintas masuk ke lebuh raya.

Sistem lain pula ialah unit kawalan bergerak menerusi pasukan pengawasan berfungsi sama seperti gantri tetap dengan mengumpul data kenderaan yang masuk ke lebuh raya.

tol-roadtex-indonesia-1
tol-roadtex-indonesia-2

Setiap data kenderaan yang masuk akan dikesan sama ada sudah atau belum berdaftar. Jadi data pengguna yang belum mendaftar aplikasi MLFF akan disalurkan terus kepada pihak polis untuk diambil tindakan.

Terdahulu tular eakaman video ujian tol Simpang Susun Waru-Bandara Juanda, Surabaya yang menggunakan sistem Radio Frequency Identification (RFID) yang mana kenderaan mampu melepasi palang tol dalam halaju tinggi.

Sistem RFID itu ialah Aliran Bebas Satu Lorong (SLFF) yang asasnya sama dengan sistem MLFF, cuma ada palang.

BACA >>> Ini Kisah Sebenar Van Putih Pandu Laju Macam Kilat Lepas Palang Tol RFID

MALAYSIA BILA LAGI?

doc78m00ggndjt8r0pjolr
rfid-malaysia-2

Malaysia juga ada ura-ura mahu menggunakan sistem MLFF untuk lebuh raya dalam negara yang pernah dimaklumkan Presiden Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Datuk Azman Ismail pada Julai 2019.

Namun, belum ada sebarang perkembangan positif mengenai sistem tersebut. Malah sistem RFID sedia ada mendapat banyak rungutan daripada kalangan pengguna.

Selain Indonesia, plaza tol Filipina juga sudah melaksanakan sistem pembayaran tanpa tunai dengan lorong RFID seluruh negara.

BACA >>> Semua Plaza Tol LEKAS Kini Ada Akses RFID
BACA >>> Lebuh Raya Filipina Kini Tanpa Tunai, Lorong RFID Siap Sedia Seluruh Negara

SUMBER: Oto.detik.com

Related

7.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), Auto Global, Auto Terkini, Lebuh Raya, Lebuh Raya Indonesia, PT Roatex Indonesia Toll System, Radio Frequency Identification (RFID), RFID

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev