• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ini Kisah Sebenar Van Putih Pandu Laju Macam Kilat Lepas Palang Tol RFID

Ini Kisah Sebenar Van Putih Pandu Laju Macam Kilat Lepas Palang Tol RFID

March 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR di media sosial mengenai video sebuah van putih dipandu laju melepasi palang tol lorong Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) tanpa sedikit pun memperlahankan kelajuannya, sejak semalam.

Disebabkan video tular itu, ada berpendapat pemandu tidak perlu lagi memperlahankan kelajuan kenderaan untuk membolehkan RFID membuat imbasan, menolak caj bayaran elektronik dan membuka palang tol.

Cerita sebenarnya, klip rakaman berdurasi 21 saat itu adalah rakaman video 2017 di laluan bertol Lapangan Terbang Juanda-Waru di Indonesia, iaitu ujian pilot dilakukan pihak pengendali lebuh raya, PT Citra Margatama Surabaya yang juga subsidiari kepada PT Citra Marga Nusaphala Persada (CMNP).

Pegawai Perhubungan Awam PT CMNP, Annisa Indrayanti berkata, itu video lama 2017 di Surabaya. Masa itu, kami sedang menguji sistem RFID SLFF (Single Lane Free Flow), iaitu sistem yang tidak banyak berbeza dengan MLFF (Multi Lane Free Flow).

"Sistem SLFF menggunakan palang pada laluan tol dan sehingga ini, sistem RFID masih belum digunakan atau dilaksanakan," katanya.

Klip video itu kembali tular selepas seorang pemilik akaun Facebook Edoward Jc berkongsi rakaman itu di laman Facebook Grabcar Online Drivers Association, Gocar pada Rabu lalu.

Rakaman video menunjukkan palang tol sempat dinaikkan walaupun van dipandu laju dan melepasi halangan tanpa sebarang insiden tidak diingini. Ada mengatakan caj tol secara elektronik tidak ditolak, tetapi tiada pengesahan berhubung dakwaan tersebut. Apa yang pasti video itu bukan di Malaysia.

BACA >>> Semua Plaza Tol LEKAS Kini Ada Akses RFID
BACA >>> 20 Soalan-Jawapan Tentang RFID Touch 'N Go yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: Kompas

Artikel Berkaitan

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: RFID Indonesia, Tol RFID Indonesia, Ujian RFID, Van laju tol RFID, van putih RFID

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my