LEBIH 400,000 unit kereta ditemui dalam lumpur selepas banjir besar surut bulan lalu di China membimbangkan pihak insurans republik Komunis itu.
Khabarnya, bencana tersebut menyebabkan kerugian terkumpul kira-kira AS$1 bilion (RM4.23 bilion) yang dijangkaterus meningkat.
Juga ada beberapa laporan mendakwa situasi itu memberi tekanan hebat terhadap sistem insurans China yang kini bergelut mencari jalan keluar.
BACA >>> Liberty Mutual Mahu Ambil Alih AmGeneral, Jadi Syarikat Insurans Motor Terbesar
BACA >>> Henan Banjir Teruk Sampai Air Masuk dalam Tren
Statistik Persatuan Insurans Henan pada 28 Julai lalu mendedahkan industri insurans Henan menerima 12,300 tuntutan kerugian bernilai kira-kira 9.804 bilion yuan (RM6.4 bilion). Bagi kes insurans motor, jumla mencapai 226,400 tuntutan.
Jumlah kenderaan ditenggelami air sebenarnya lebih tinggi dan angka kenderaan rosak di Zhengzhou saja sudah melepasi 400,000 unit atau satu persepuluh kenderaan di Zhengzhou."
Dianggarkan 25 peratus kenderaan rosak teruk dan layak lupus, manakala 60 peratus lagi yang perlu dibaik pulih.
Statistik Biro Keselamatan Awam Zhengzhou mendedahkan, bandar itu mempunyai 4.901 juta kenderaan, yang juga bandar automotif keenam terbesar China.
Beberapa pihak pengedar pula terpaksa menyewa lot parkir untuk menempatkan ratusan hingga ribuan unit kereta rosak yang menunggu giliran dibaik pulih.
BACA >>> #ApaNakBuat: Tak Puas Hati Jiran Parkir Depan Rumah? Ambil Tindakan Undang-Undang Ini!
BACA >>> Teringin Pakai Toyota? Berapakah Agaknya Servis Kena Tanggung?
Selain mengejar masa membaik pulih kereta pelanggan terjejas, jurujual dan mekanik juga perlu melayan kerenah ramai pemilik kenderaan yang kerap menghubungi untuk mengetahui status kenderaan mereka.
Beberapa pakar dalam industri kenderaan menjangka kereta banjir yang sudah dibaik pulih akan memasuki pasaran kereta terpakai, acara lelongan atau mungkin dieksport ke luar wilayah atau negara.
Sebaliknya, kenderaan yang sukar dibaik pulih akan dileraikan untuk mendapatkan alat gantu dan dijual semula. Selebihnya, akan dihantar ke pusat pelupusan atau kitar semula.
BACA >>> Jangan Ambil Risiko Redah Banjir!
BACA >>> #ApaNakBuat: Lakukan 9 Tip Ini Jika Kereta Tenggelam Banjir
An aerial view of flood-damaged cars waiting to be auctioned off in Zhengzhou, Henan province, Aug. 3, 2021. More than 400,000 vehicles were damaged by record rainfall and massive flooding in the city last month. (Photos: People Visual)
More Daily Tones: https://t.co/lkMSdCykro pic.twitter.com/oyXohVUtV3
— Sixth Tone (@SixthTone) August 4, 2021
SUMBER: Min.News
Leave a Reply