• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tentang Rossi: Quartararo, Vinales dan Crutchlow Beri Pandangan

Tentang Rossi: Quartararo, Vinales dan Crutchlow Beri Pandangan

August 6, 2021 By Aryon Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA pelumba MotoGP berkongsi pandangan masing-masing mengenai Valentino Rossi selepas pelumba veteran itu mengumumkan persaraannya pada penghujung musim ini.

Hasrat Rossi untuk bersara itu diumumkan beliau sendiri dalam sidang media khas menjelang GP Styrian, Austria yang akan membuka tirai hujung minggu ini selepas berehat panjang sempena musim panas.

Rossi dipercayai membuat keputusan itu berdasarkan keputusan teruk dicapainya musim ini apabila sekadar menduduki tempat ke-19 dalam ranking keseluruhan pelumba setakat ini tanpa meraih sebarang podium. Beliau kini berlumba bersama pasukan Petronas Yamaha SRT selepas terpaksa mengosongkan pelana untuk diberikan kepada pelumba muda, Fabio Quartararo.

BACA >>> Rossi Sah Bersara!

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motor Marquez Guna Dua Ekzos, Quartararo Pula Satu?

Selain Quartararo, turut memberikan pandangan mengenai Rossi, ialah mantan rakan pasukan Maverick Vinales dan mantan pelumba Cal Crutchlow;

Quartararo berkata;

Susah nak percaya. Dia sudah jadi juara dunia dua kali dan aku masih tak lahir lagi

"Bila bayangkan tahun depan dia tak lagi berlumba dengan kami memang sedih. Dia seorang lelaki yang buatkan aku betul-betul mahu jadi pelumba MotoGP masa aku kanak-kanak Ribena dulu, sanggup tunggu berjam-jam lama untuk dapat tangkap gambar dengan dia.

"Bagi aku, ya, dia legenda sukan ini dan dia dah ada karier yang menakjubkan. Dia masih lagi idola aku. Aku tak ada ayat lain nak jelaskan pasal dia."

BACA >>> Quartararo Akui Terima Tekanan Selepas Ganti Tempat Rossi

Maverick Vinales, yang pernah berkongsi padok dengan Rossi pula berkata;

Semestinya dia ialah rujukan aku masa aku budak dulu. Bila aku mula cinta dan minat motor, aku tengok Valentino celebrate dan macam mana dia menang race.

"Sebagai BBNU yang dapat peluang berkongsi pasukan dengan dia, dan secara dalaman berkongsi data, komen dan apa saja, aku ada peluang untuk belajar. Inilah paling penting.

"Valentino lebih daripada sekadar ikon, legenda, dia idola aku dan sumber rujukan aku sejak aku baru 3 tahun sampai sekarang.

"Memang sedih, tapi pada masa sama, kita perlu ucap terima kasih kat dia sebab dia buat MotoGP berkembang."

BACA >>> SAH! Vinales Berpisah dengan Yamaha, Anggap Setiap Perlumbaan Bagai Mimpi Ngeri
BACA >>> Quartararo dan Vinales: Ini Masalah Sebenar Yamaha YZR-M1

Pelumba British, Cal Crutchlow, 35, yang bakal berlumba minggu ini untuk Petronas SRT bagi menggantikan Franco Morbidelli yang cedera, turut ada pandangan tertentu mengenai Rossi.

Malah Crutchlow ialah pelumba yang paling banyak melalu musim perlumbaan dengan The Doctor dalam kalangan pelumba MotoGP ketika ini.

Apa dia buat untuk sukan ini sangat menakjubkan. Dia pelumba macam Johann (Zarco) cakap , tak kira siapa orang yang cakap dalam dunia ni,  bila ada orang tanya mende kome buat, atau apa kome buat, dan kome cakap motor, komen cuma sebut je Valentino Rossi. Hah, confirm semua orang tau.

"Dia salah seorang ikon sukan terhebat sejak kita semua hidup. Macam kome tahu, awok ni pun dah berhenti masa umut 35 tahun. Memang tak boleh blah dah kalau nak race tujuh tahun lagi, tapi Rossi tu selamba dia race lagi. Apa dia tu buat dan motivasi dia untuk jadi laju memang menakjubkan.

"Macam awok cakap dalam interviu lain jugek, Rossi tu sebenarnya dah lebih laju daripada apa dia pernah buat sebelum ini. Untuk ada kemampuan buat semua tu, memang menakjubkan.

BACA >>> Crutchlow Bantu Petronas Yamaha SRT, Morbidelli Masih Sakit Lutut
BACA >>> Yamaha Perjelas Kenapa Crutchlow Jadi Penunggang Uji, Bukan Lorenzo

SUMBER: Crash.net

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cal Crutchlow, Fabio Quartararo, Maverick Viñales, MotoGP, MotoGP 2021, Rossi Bersara, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev