HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan dua varian terbaharu kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak, Kona 1.6 selepas empat bulan Kona versi dipertingkat 2.0L memasuki pasaran tempatan.
Model 1.6 liter itu terdiri daripada dua varian segmen-B dan dijual pada harga atas jalan termasuk cukai jalan tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia dan pelepasan cukai jualan seperti berikut:
- Kona 1.6 N Line - RM156,888
- Kona 1.6 Turbo - RM146,888
Berikut perincian Kona 1.6 (2021):
BACA >>> Hyundai Elantra N (2022) - Sedan Berkuasa dengan Pilihan Gear Manual, 276hp, 392Nm
BACA >>> Kempen Servis untuk Pemilik Hyundai Malaysia, Tawar Diskaun Alat Ganti, Caj Buruh
TRENKUASA
- Kona 1.6 Turbo menerima penambahbaikan beberapa aspek dan dijangka menjadi pilihan pembeli yang sukakan gaya hidup aktif.
- Kona N Line turut menampilkan kelainan dari segi rupa yang lebih matang dan elegan.
- Kedua-dua varian dijana enjin petrol turbo 4-silinder Smartstream G1.6 T-GDi berkuasa 195hp @ 6,000rpm dan tork 265Nm @ 1,600-4,500rpm
- Menggunakan Smartsteam 7DCT, iaitu produk generasi kedua transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan yang dibangunkan Hyundai.
- Trenkuasa Smartstream menawarkan prestasi dinamik lebih lancar, dan pengalaman pemanduan lebih selesa selain mengurangkan emisi dan menambah baik kecekapan bahan api.
BACA >>> #Tahukah Anda: Inilah Teknologi Enjin Smartstream Hyundai yang Anda Perlu Tahu
REKABENTUK
- Kona 1.6 Turbo memiliki rekabentuk luaran dan dalaman sama seperti Kona 2.0 Active kecuali komponen rak bumbung dan warna badan dwi-tona.
- Kona 1.6 Turbo pula menerima skema warna badan dua tona sebagai ciri eksklusif dalam siri 1.6L.
- Rekabentuk depan SUV itu kini lebih segar dengan panel pelapik plastik pada gerbang roda, dan diserikan dengan ciri lampu siang (DRL) LED dan gril lebar.
BACA >>> Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
- Bampar depan disepadukan dengan pelapik plastik gerbang roda, manakala lampu belakang direka baharu.
- Kona N Line pula lebih elegan. Bampar depan dicat sama warna seperti warna badan, termasuk bahagian gerbang roda.
- Varian N Line juga dilengkapi pakej aerodinamik gaya N dengan lip bawah bampar, ventilator angin lebih besar pada hujung bonet. Rim juga bersaiz 18 inci, manakala bampar belakang ada difuser aerodinamik.
WARNA
- Ada ima warna pilihan untuk Kona N Line dan 1.6 Turbo, iaitu Surfy Blue (biru), Dive in Jeju (biru cair), Ignite Flame, Pulse Red dan Misty Jungle.
- Setiap warna dipadankan bumbung dan cermin sisi dwi-tona Phantom Black (hitam).
- Kabin Kona 1.6 N Line disertakan pakej N Line, iaitu upholsteri kulit hitam dengan material sued dan fungsi ventilator kerusi pemandu dan penumpang depan.
- Tambahan lain ialah sulaman benang merah, pedal logam, logo N pada tombol gear, stereng dan kerusi.
TEKNOLOGI
Hadir dengan pakej keselamatan aktif, Hyundai Smartsense dan teknologi bantuan pemandu seperti berikut:
- Bantuan Cegah Perlanggaran Titik Buta (BCA)
- Bantuan Cegah Trafik Lintas Belakang (RCCA)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Bantuan Ikut Lorong (LFA)
- Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA)
- Bantuan Suluh Tinggi (HBA)
- Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
- Amaran Penumpang Belakang (ROA)
- Amaran Keluar Selamat (SEW)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi Henti-Mula (Start-Stop)
- Amaran Tukar Kenderaan Depan (Leading Vehicle Departure Alert, LVDA)
BACA >>> Hyundai Kona Electric (2021) Facelift Lancar di Australia, Harga Mula RM195k
BACA >>> #TahukahAnda: Jangan Buat 5 Perkara Ini Ketika Cuci Kereta
BCAA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Kesihatan Radiator Kereta Anda
BACA >>> Inilah 5 Sebab Kenapa Enjin Kereta Moden Lebih Hebat daripada Enjin Lama
Leave a Reply