• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kempen Servis untuk Pemilik Hyundai Malaysia, Tawar Diskaun Alat Ganti, Caj Buruh

Kempen Servis untuk Pemilik Hyundai Malaysia, Tawar Diskaun Alat Ganti, Caj Buruh

June 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan kempen servis pertengahan tahun untuk semua pelanggan Hyundai dengan tawaran diskaun, termasuk  diskaun tambahan khas untuk pemegang Kad Kesetiaan Hyundai (Hyundai Loyalty Card).

Bermula 1 Jun hingga 31 Julai 2021, pemilik Hyundai yang membawa kenderaan mereka ke mana-mana pusat servis rasmi Hyundai bakal menikmati:

  • Diskaun 15 peratus untuk alat ganti terpilih.
  • Diskaun 10 peratus diskaun untuk caj buruh.

BACA >>> HSDM Tawar Dua Program Eksklusif Pelbagai Ganjaran, Penjimatan Buat Pemilik Hyundai

Pemegang Hyundai Loyalty Card pula layak menikmati diskaun lebih besar, iaitu:

  • Diskaun 25 peratus untuk alat ganti terpilih, seperti gasket, penapis minyak, penapis udara, palam pencucuh dan banyak lagi.
  • Diskaun 15 peratus untuk  caj buruh.

Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, kempen servis seperti itu diadakan dua atau tiga kali setahun untuk menggalakkan pelanggan mengamalkan penyelenggaran ekstensif berkala untuk kenderan masing-masing.

Kad keahlian Hyundai Loyalty Card ditawarkan percuma kepada pelanggan sedia ada dan pembeli model Hyundai baharu, serta pemilik sedia ada kenderaan jenama Korea Selatan itu.

Mereka yang mahu memiliki kad tersebut juga boleh membuat permohonan menerusi mana-mana pusat servis rasmi Hyundai seluruh negara.

BACA >>> Varian Baharu Hyundai Elantra Executive (2021) Kini di Malaysia, Harga RM139,888

Ganjaran lain dinikmati pemegang Hyundai Loyalty Card itu ialah promosi bulan eksklusif yang menawarkan:

  • Diskaun 20 peratus untuk produk KLIMA Fresh dan BlueChem (April hingga Mei)
  • Diskaun bulan kelahiran untuk servis selepas jualan
  • Diskaun barangan Hyundai
  • Nilai jual semula (trade-in) kenderaan lebih tinggi jika mahu membeli satu lagi model Hyundai baharu.

Maklumat lanjut mengenai kempen Hyundai boleh hubungi talian bebas tol Hyundai di 1300-13-2000 atau layari laman web Hyundai (www.hyundai.com.my).

BACA >>> Robot Hyundai DAL-e Ini Boleh Layan Pengunjung yang Datang Bilik Pameran Kereta
BACA >>> Hyundai Rancang Bina Teksi Udara Menjelang 2028
BACA >>> Hyundai Perkenal Program Pandu Dulu, Bayar Kemudian Sebelum Beli Ioniq 5
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Spoiler yang Perlu Anda Tahu

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, HSDM kempen servis, Hyundai kempen servis, Hyundai Loyalty Card, Hyundai Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), Kad Kesetiaan Hyundai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my