• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMW Toyota Rancang Pembuatan Model Kenderaan Hibrid di Malaysia

UMW Toyota Rancang Pembuatan Model Kenderaan Hibrid di Malaysia

July 6, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

 

UMW Toyota Motor (UMW Toyota) hari ini mengumumkan pelan beralih kepada pengeluaran kenderaan hibrid elektrik (HEV) massa selepas 52 tahun terlibat dalam sektor pembuatan automotif di Malaysia.

Usaha itu selari dengan komitmen Toyota Motor Corporation (TMC) untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050. Antara rancangan mencapai status neutral karbon ialah mengeluarkan rangkaian lengkap kenderaan emisi rendah melalui pelan elektrifikas.

Apa Rancangan UMW Toyota

  • Melabur RM270 juta untuk menambah operasi dan pembuatan kenderaan.
  • Memperkenalkan kenderaan hibrid elektrik teknologi termaju
  • Bantu mengurangkan emisi karbon dan menjadi pelopor neutral karbon di Malaysia

*Jumlah RM270 juta itu ialah tambahan kepada pelaburan RM2 bilion sedia ada untuk pembinaan kilang di Bukit Raja di Klang, Selangor.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata:

"Ini merupakan waktu yang menarik bagi industri automotif Malaysia, dan UMW Toyota Motor bersedia untuk menjadi pelopor kepada impian ini. Untuk mencapainya dengan penyelesaian paling realistik, praktikal dan segera adalah melalui teknologi dan kenderaan hibrid elektrik Toyota."

Takeyama menyatakan pengeluaran berskala besar dan lebih banyak pelanggan memilih kenderaan hibrid elektrik (HEV) akan mengubah eko-sistem sektor automotif. Itu adalah langkah penting mengurangkan pelepasan emisi karbon di Malaysia.

BACA >>> Toyota Bangunkan Teknologi Enjin Hidrogen untuk Kereta Harian
BACA >>> Toyota Bakal Bangunkan Bateri Kereta Elektrik yang Boleh Cas Penuh 10 Minit Sahaja

TOYOTA DAN HEV

  • Toyota ialah pelopor utama teknologi kenderaan hibrid elektrik sejak 20 tahun lalu.
  • Menjual lebih 17 juta kenderaan mesra alam iaitu HEV, kenderaan hibrid elektrik plug-in (PHEV), kenderaan bateri-elektrik (BEV) dan kenderaan elektrik sel bahan api hidrogen (FCEV).
  • Bantu kurangkan pelepasan karbon monoksida sekitar 140 juta tan CO2 yang menyamai 1.5 juta kenderaan enjin konvensional atas jalan selama 20 tahun.
  • April lalu, Toyota menyatakan strategi kenderaan elektrik dan mahu memperkenalkan 15 model kenderaan BEV menjelang 2025. Rangkaian kenderaan itu ialah FCEV, BEV dan HEV.

KESIMPULAN

Kilang di Klang ialah antara yang termaju di Asia dan MUNGKIN menjadi hab pembuatan model kenderaan mesra alam serta menjadikan Malaysia sebagai hab eksport? Perkara itu tidak mustahil lebih-lebih lagi jika Kerajaan menawarkan insentif untuk membantu UMW Toyota. Apa model hibrid yang patut UMW Toyota hasilkan?

BACA >>> Kenapa Jika Ramai Rakyat Brazil Guna Kereta Elektrik, Harga Gula Dunia Turun?
BACA >>> Jika Terlanggar Tiang Elektrik, Lebih Baik Jangan Keluar Kereta
BACA >>> Pencuri UK Sasar Tembaga dalam Kabel Pengecas Kereta Elektrik
BACA >>> Geely Labur RM18.9b Bina Kilang Bateri EV, Sasar Lawan Tesla

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kilang hibrid toyota Malaysia, UMW Toyota, UMWT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev