• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Betul Ke Tukar Muncung Ekzos Boleh Ubah Efek Bunyi Kereta?

Betul Ke Tukar Muncung Ekzos Boleh Ubah Efek Bunyi Kereta?

August 23, 2021 By Shawkath 1 Comment

602
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

RAMAI juga pemilik kereta akan memasang komponen muncung ekzos sebagai penyambung akhir pada paip ekzos untuk memastikan kenderaan nampak lebih sporty.

Selain menjadikan bahagian belakang kenderaan nampak lebih sempurna, kemas dan moden, ada yang tertanya adakah komponen tambahan itu boleh menjadikan bunyi ekzos lebih kuat.

BACA >>> Remaja Kena Balun Beramai-Ramai Sebab Ekzos Bising!

ekzos
karbon

Jawapan bagi sebahagian besar keadaan ialah TIDAK. Ini disebabkan rata-rata pemandu cuma mengubah atau menyambung muncung ekzos tambahan pada bahagian hujung paip ekzos. Motif utama pemasangan ialah agar nampak lebih cantik, sporty dan sempurna.

Bagaimanapun, ada juga beberapa kes atau keadaan yang menyaksikan ada efek bunyi ekzos berbeza selepas memasang aksesori muncung ekzos. Contohnya saiz lebih panjang muncung ekzos boleh mengubah bunyi jadi lebih dalam tetapi bukannya lebih kuat.

BACA >>> #TahukahAnda: Adakah Bunyi Lain yang Lebih Kuat daripada Ekzos Motosikal?

Jika mahu ubah nada atau bunyi ekzos jadi bertambah lebih kuat, sila tukar peredam ekzos lain. Ini kerana komponen ekzos seperti peredam bunyi, resonator dan paip adalah pemain utama serta penentu bunyi nada ekzos.

exhaust-tip-checkup.jpg copy
MBRP-Exhaust-Tip.jpg copy

Selepas pasang sistem ekzos baharu, akan ada sedikit efek bunyi ekzos jika menggunakan penyambung muncung ekzos mengikut ukuran diameter. Jika diameter besar, bunyinya lebih berserak dan sebaliknya, nada lebih padat.

Ada juga muncung ekzos aftermarket yang dibentuk untuk menghala ke bawah dan nampak macam fesyen ekzos standard kenderaan moden. Tujuannya untuk mengurangkan bunyi bising ekzos.

Bunyi bergerak mengikut jarak. Semakin pendek jarak dan gelombang bunyi frekuansi tinggi, semakin kasar dan kuat bunyinya. Sistem ekzos lebih panjang pula bantu menapis bunyi kurang enak sebelum membebaskan nada bunyi akhir.

BACA >>> Kajian: Ekzos Bising Disahkan Tidak Boleh Selamatkan Nyawa
BACA >>> KPN: Tak Logik Ubah Suai Ekzos untuk Tambah Laju
BACA >>> Ekzos Aftermarket Bunyi Standard Pun Haram Pasang!
BACA >>> Tinjauan: Pemandu UK Suka Makan Sambil Memandu, Kereta Jadi Dapur Bergerak

stainless-steel-exhaust-tip-muffler-pipe-of-sports-car.jpg copy
EKZOS
exhaust-tip-checkup.jpg copy
ekzos
MBRP-Exhaust-Tip.jpg copy
karbon

SUMBER:  CarParts

Related

602
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: mitos muncung ekzos, modifikasi ekzos, Muncung ekzos, Sistem Ekzos Kereta

Comments

  1. Raj says

    January 22, 2023 at 7:59 PM

    Menukar mufler sahaja boleh dikenakan saman?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev