• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Tinjauan: Pemandu UK Suka Makan Sambil Memandu, Kereta Jadi Dapur Bergerak

Tinjauan: Pemandu UK Suka Makan Sambil Memandu, Kereta Jadi Dapur Bergerak

January 31, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


RAGAM pemilik kereta di Malaysia, kita lazimnya akan cuba mengelak untuk makan dan minum dalam kereta. Apatah lagi menyimpan bekalan makanan. Bukan apa, risau pasal lipas dan semut yang mungkin akan jadi penumpang setia. Tetapi lain pula cerita di kalangan pemandu Britain.

Kebanyakan pengguna jalan raya di sana menjadikan kereta sebagai dapur atau bergerak. Berdasarkan tinjauan  dilakukan BriteAngle, sebanyak 33 peratus pemilik kereta Britain menyimpan stok  makanan ringan, dalam tin dan minuman beralkohol serta sedikit bekalan untuk membancuh secawan teh ketika memandu.

BACA >>> Tinjauan: Azam Pemandu UK Mahu Cekap Parkir Undur

MAKANAN NO. 1, SEGI TIGA AMARAN NO. 2

BriteAngle - what's in your car
distracteddriving_1500x0
067

Lucunya, menyimpan stok makanan adalah lebih penting berbanding memiliki segi tiga amaran dalam kereta. Pemandu wanita paling banyak menyimpan makanan dan minuman dalam kereta, iaitu 37 peratus berbanding lelaki, 29 peratus.

Sebanyak 5 peratus pemandu Wales akan menyimpan alkohol dalam kereta. Tinjauan turut mendedahkan lelaki lebih cenderung memastikan kereta dalam keadaan bersih dan rapi, 17 peratus respoden mengaku tidak menyimpan apa-apa dalam kenderaan mereka.

ADA LEBIH PENTING

Kesan selepas pekena alkohol.

Pengarah Urusan Rekabentuk Keselamatan Jalan Raya BriteAngle, Stephen Wornham berkata, memang penting untuk menyimpan makanan sebagai persediaan jika berlaku kerosakan, terutama pada musim sejuk. Tetapi nampaknya, ada kalangan pengguna yang berperangai agak melampau.

"Pemandu harus memastikan mereka ada bekalan makanan dan minimum apabila diperlukan untuk kekal selamat jika kereta berhenti (rosak atau kecemasan) tanpa dijangka," ujarnya.

BACA >>> Tinjauan: Inilah 10 Jenama Kenderaan Paling Reliabel di Amerika Sepanjang 2017

Tinjauan menunjukkan hanya 17 peratus pemandu membawa tanda amaran segi tiga dalam kereta. Ini bermakna majoriti pemandu Britain berisiko tinggi tidak dapat dilihat pengguna jalan raya lain apabila kereta mereka berhenti mengejut.

"Memasang reflektor segitiga amaran dapat meningkatkan keselamatan di sisi jalan. Anda sudah cukup stres apabila terpaksa berhenti di jalan yang sibuk. Tanpa tanda amaran, anda hanya menambahkan stres," kata Wornham.

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: BriteAngle, Kereta, makan dalam kereta, pantri, survei, tanda amaran segitiga, tinjauan, tinjauan UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my