• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Bangunkan Teknologi Enjin Hidrogen untuk Kereta Harian

Toyota Bangunkan Teknologi Enjin Hidrogen untuk Kereta Harian

June 24, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA baru-baru ini menyertai perlumbaan enduran 24 jam di Fuji Speedway, Jepun menggunakan model Corolla berkuasa hidrogen dengan enjin 3-silinder 1.6L turbo yang diubah suai daripada trenkuasa GR Yaris.

Dalam perlumbaan itu, kereta lumba Toyota berada atas trek hampir 12 jam, manakala masa selebihnya dihabiskan untuk membaik pulih dan mengisi semula hidrogen. 

BACA >>> Toyota Bangunkan Enjin Hidrogen Guna Sistem Injektor Seperti Kereta Petrol
BACA >>> Dengarlah Deruman Enjin Hidrogen Toyota, Mengaum Macam Enjin Petrol!

Walaupun kurang memberangsangkan, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Toyota, Akio Toyoda menyifatkan perkembangan itu sebagai kejayaan kerana dapat melakukan jarak pemanduan lebih 1,500km.

Program pembangunan trenkuasa hidrogen adalah antara pelan Toyota mengurangkan pengeluaran emisi karbon dioksida (CO2) hingga 90 peratus menjelang 2050 berbanding 2010. Pengeluar automotif dari Jepun itu juga sudah menghasilkan model hidrogen komersial, iaitu Mirai.

Berdasarkan ujian dilakukan dalam perlumbaan enduran 24 jam itu, kereta hidrogen memiliki potensi besar untuk dibangunkan sebagai kenderaan harian.

Ketua Jurutera, Naoyuki Sakamoto berkata, objektif utama projek tersebut adalah mencari pilihan baharu ke arah emisi sifar. Menggunakan enjin hidrogen dalam perlumbaan enduran membolehkan Toyota menyelesaikan sesuatu isu lebih cepat berbanding pembangunan dalam persekitaran biasa. 

Menurutnya, maklumat dan pengalaman yang diperoleh daripada perlumbaan tersebut membolehkan Toyota memahami model dan jenis kenderaan yang sesuai menggunakan trenkuasa hidrogen. 

BACA >>> Land Rover Uji Prototaip Defender dengan Enjin Hidrogen-Elektrik
BACA >>> Kajian: Bahan Api Hidrogen Bukanlah Bahan Api Baharu yang Baik

SUMBER: Autocar.co.uk

Related

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Corolla, enduran, enjin, gr yaris, Hidrogen, Jepun, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my