• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Lampu Signal Malap: Ducati Panggil Balik Scrambler Nightshift (2021)

Masalah Lampu Signal Malap: Ducati Panggil Balik Scrambler Nightshift (2021)

June 1, 2021 By Shawkath Leave a Comment

267
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMBELI Ducati Scrambler Nightshift (2021) nampaknya perlu bersiap sedia memulangkan motosikal mereka kepada pihak pengedar atau pengeluar berikutan notis panggil balik dikeluarkan Ducati.

Ducati mendapati lampu signal belok depan dan belakang model itu tidak berkelip dengan kadar pencahayaan cukup terang, sekali gus gagal mematuhi standard ditetapkan. Kempen panggil balik itu melibatkan 228 unit motosikal di Amerika Utara.

BACA >>> Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?

Ducati Amerika Utara memaklumkan masalah berkenaan kepada Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) dan perkara itu gagal mematuhi syarat Nombor 108 Standard Keselamatan Kenderaaan Bermotor Persekutuan (FMVSS) mengenai Lampu, Alat Pemantul dan Alatan Berkaitan.

Menurut dokumen diserahkan, masalah berpunca daripada kesilapan pemasangan komponen lampu signal belok salah ketika proses pengeluaran di kilang. Ia dikhuatiri menyebabkan risiko kemalangan apabila pengguna lain jalan raya gagal melihat kelipan signal ketika membelok.

Pengedar Ducati akan menggantikan komponen lampu signal belok baharu secara percuma dan notis kepada pemilik akan dihantar bermula 23 Jun ini.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
BACA >>> #RetroAuto: Lampu Signal Belok Masih Kekal Guna Teknologi 40-an

BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Lampu Depan Adaptif yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Lampu Motosikal Sentiasa Terpasang Punca Bateri Lemah?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Belakang, Brek Mesti Warna Merah?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Warna Hitam?

SUMBER: NHTSA

Related

267
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ducati, Ducati Scrambler 2021, Ducati Scrambler Nightshift (2021), PENTADBIRAN Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), Recall, Scrambler Panggil Balik, Standard Keselamatan Kenderaaan Bermotor Persekutuan (FMVSS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev