TIADA apa yang lebih menggembirakan pemilik kereta selain kenderaan mereka dihargai pengeluar. Program baik pulih model lama berstatus vintaj dan klasik semakin mendapat tempat dan inilah ditawarkan Mazda untuk MX-5 generasi pertama (Mk1).
Mazda MX-5 diperkenalkan pada Pameran Motor Chicago 1989 dan model itu terus berganti generasi desmi generasi sehingga kini. Walaupun sudah berusia lebih tiga dekad, konsep dan rekabentuk MX-5 kekal sama mengalami evolusi dengan membawa falsafah Jinba Ittai yang mementingkan hubungan antara pemandu dan kereta.
Falsafah ini turut digunakan setiap model keluaran Mazda masa kini.
BACA >>> Mazda3 Turbo (2021) Lancar di Amerika (250hp, 434Nm), Harga Mula RM123k
SEJUTA UNIT, EMPAT GENERASI
Pasaran kereta sebegini tidak besar, tetapi Mazda berjaya menjual lebih sejuta unit MX-5 merentasi empat generasi dan model ini juga menjadi roadster 2-pintu terlaris dunia. Ada banyak kereta idaman yang sukar diperoleh hingga mencari unit rekon, tetapi berbeza MX-5 kerana model ini boleh dibeli terus dari bilik pameran Mazda tempatan secara rasmi.
Walaupun sudah berganti tiga generasi, MX-5 generasi pertama tetap dekat di hati ramai peminatnya. Ia kekal popular dalam kalangan peminat kereta sport.
Sejak beberapa tahun kebelakangan, model ini mula mendapat perhatian untuk dipelihara, dinikmati dan dibaik pulih. Dengan populariti, status langka dan nilai yang meningkat naik, terutama sekali model asal dari Britain, MX-5 berada pada aras dan status klasik tersendiri.
Sekarang, ada berita baik buat peminat MX-5 apabila Mazda Corporation mengumumkan kesediaan mengeluarkan semula komponen MX-5 Mk1 yang membolehkan model itu terus dinikmati untuk tahun-tahun mendatang.
Mazda pada 2017 pernah menawarkan khidmat baik pulih untuk MX-5 NA Roadster di Jepun yang dibuat pasukan pakar Mazda sendiri dengan tempoh masa sekitar dua bulan.
Secara keseluruha, ada 117 unit pemanduan kiri dan 156 unit komponen pemanduan kanan yang tersedia untuk projek baik pulih MX-5 Mk1. Bagi memastikan komponen paling dikehendaki sedia ditawarkan, Mazda menemui pakar penjual dan kelab peminat MX-5 serata Eropah.
BACA >>> Polis: 'Mazda Kembar' di Bangi Bukan Klon, Tapi Kereta Curi
Semua komponen dihasilkan di Jepun menggunakan teknologi moden dengan kualiti bahan tertinggi selain mengekalkan rupa dan fiil komponen asal. Antara komponen ditawarkan dan sentiasa dicari ialah bumbung fabrik dengan skrin belakang dibuat menggunakan bahan yang sama seperti versi asal.
Meneruskan pendekatan tulen dan asli, Enkei Wheels mengeluarkan rim aluminium yang menyamai rekabentuk asal dengan teknologi moden yang lebih ringan dan tahan lasak. Selain luaran, Mazda juga mengeluarkan komponen kemasan dalaman, mekanikal, bolt dan washer lebih kecil.
Berdasarkan rekod, ada 20,132 unit MX-5 Mk1 diimport secara rasmi ke Britain. Tawaran terbaru untuk pelanggan di sana ialah MX-5 2.0L 100th Anniversary Special Edition dan 1.5L R-Sport.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?
Leave a Reply