• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kajian: Pemandu UK Suka Cari Privasi dalam Kereta Sepanjang Musim Kuarantin

Kajian: Pemandu UK Suka Cari Privasi dalam Kereta Sepanjang Musim Kuarantin

May 10, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TEMPOH berkurung, atau kuarantin, yang juga dipanggil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita secara langsung mempopularkan budaya baharu, iaitu bekerja dari rumah (WFH). Kebiasaan baharu itu bukan hanya dialami penduduk Malaysia, tetapi juga negara lain.

Terbaharu, Škoda melakukan survei terhadap pemandu Britain tentang kebiasaan baharu mereka sepanjang tempoh kuarantin yang dilaksanakan negara Eropah itu. Hasil diperoleh memang menarik.

Pemandu Britain didapati kerap duduk dalam kereta di parkir untuk mencari ketenangan ketika tempoh berkurung Covid-19. Survei dilakukan itu melibatkan 2,000 pemandu mengenai perubahan tingkah laku yang ada kaitan dengan kereta sejak pelaksanaan perintah kuarantin.

BACA >>> Kajian: Orang Gemuk Lebih Mudah Kena Jangkit Covid-19?

KERETA JADI RUANG PRIVASI, BERSENDIRIAN

Transport@Image6
uk-driver-covid19-4
dengar-muzik-dalam-kereta

Di Britain, 39 peratus pemilik kenderaan yang bekerja dari rumah menjadikan kereta yang diparkir untuk melakukan pelbagai aktiviti. Survei mendapati 8 peratus responden menggunakan kereta untuk bersendirian daripada keluarga. Di London saja,  sebanyak 23 peratus pemilik kenderaan melakukan kebiasaan baharu itu.

Lagi, 7 peratus pula menggunakan sistem infotainment untuk mendengar muzik, radio atau audio siar (podcast). Satu lagi dapatan menarik, lebih 20 peratus responden mengaku menemukan manfaat alternatif dengan kereta seperti lokasi menonton TV menggunakan telefon pintar atau peranti (3 peratus), melelapkan mata (3 peratus) hingga 'taman permainan' sementara untuk anak-anak (2 peratus).

ofis-dalam-kereta
ofis-dalam-kereta-2

Survei juga mendapati walaupun ruang tamu adalah lokasi bekerja popular, tetapi 13 peratus responden sedia menimbangkan kereta sebagai pejabat sementara. Ini kerana bekerja di rumah membuatkan mereka mengalami sakit belakang disebabkan kerusi tidak selesa (3 peratus) atau sukar mencari tempat privasi untuk fokus (26 peratus).

Pemilik kereta Britain juga mendakwa mereka kini menjaga kereta lebih baik ketika perintah berkurung yang mana 22 peratus responden mengaku kerap mencuci kereta, manakala satu per lima lagi kerap membersihkan ruang kabin.

BERIKUT KEPUTUSAN SURVEI ŠKODA

uk-driver-covid19-2
uk-driver-covid19-5
  • Kereta paling bersih adalah di London - 17 peratus responden mengaku mencuci kereta setiap hari sejak tempoh berkurung bermula.
  • 13 peratus responden mengaku duduk di kerusi pemandu untuk mengimpikan pemanduan (road trip) selepas tempoh berkurung berakhir.
  • ​2⁄3 pemandu rindu mahu memandu, dan 64 peratus paling rindukan kebebasan yang diberikan. Angka itu meningkat kepada 70 peratus untuk Generasi Z.
  • 32 peratus pemandu di Wales rindu mahu mendengar lagu kegemaran dalam kereta.
  • 19 peratus responden di timur laut Britain mendakwa tidak dapat keluar ke jalan raya adalah punca utama kekecewaan.

Survei dijalankan Škoda UK daripada OnePoll membabitkan 2,000 pemandu seluruh Britain antara 30 April 2020 hingga 1 Mei 2020.

BACA >>> Škoda Kodiaq vRS - SUV Prestasi Tinggi untuk Polis UK
BACA >>> Korea Selatan Beri Pek Penjagaan Diri, Makanan untuk Rakyat Jalani Kuarantin Covid-19

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Bekerja Dari Rumah, kajian, Lockdown, Pemandu UK Sepanjang Kuarantin, ŠKODA, survei, Survei Skoda, tinjauan, UK, Work From Home (WFH)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev