Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kajian: Pemandu UK Suka Cari Privasi dalam Kereta Sepanjang Musim Kuarantin
Autotainment

Kajian: Pemandu UK Suka Cari Privasi dalam Kereta Sepanjang Musim Kuarantin

Abang HirataBy Abang Hirata10/05/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEMPOH berkurung, atau kuarantin, yang juga dipanggil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita secara langsung mempopularkan budaya baharu, iaitu bekerja dari rumah (WFH). Kebiasaan baharu itu bukan hanya dialami penduduk Malaysia, tetapi juga negara lain.

Terbaharu, Škoda melakukan survei terhadap pemandu Britain tentang kebiasaan baharu mereka sepanjang tempoh kuarantin yang dilaksanakan negara Eropah itu. Hasil diperoleh memang menarik.

Pemandu Britain didapati kerap duduk dalam kereta di parkir untuk mencari ketenangan ketika tempoh berkurung Covid-19. Survei dilakukan itu melibatkan 2,000 pemandu mengenai perubahan tingkah laku yang ada kaitan dengan kereta sejak pelaksanaan perintah kuarantin.

BACA >>> Kajian: Orang Gemuk Lebih Mudah Kena Jangkit Covid-19?

KERETA JADI RUANG PRIVASI, BERSENDIRIAN

Di Britain, 39 peratus pemilik kenderaan yang bekerja dari rumah menjadikan kereta yang diparkir untuk melakukan pelbagai aktiviti. Survei mendapati 8 peratus responden menggunakan kereta untuk bersendirian daripada keluarga. Di London saja,  sebanyak 23 peratus pemilik kenderaan melakukan kebiasaan baharu itu.

Lagi, 7 peratus pula menggunakan sistem infotainment untuk mendengar muzik, radio atau audio siar (podcast). Satu lagi dapatan menarik, lebih 20 peratus responden mengaku menemukan manfaat alternatif dengan kereta seperti lokasi menonton TV menggunakan telefon pintar atau peranti (3 peratus), melelapkan mata (3 peratus) hingga ‘taman permainan’ sementara untuk anak-anak (2 peratus).

Survei juga mendapati walaupun ruang tamu adalah lokasi bekerja popular, tetapi 13 peratus responden sedia menimbangkan kereta sebagai pejabat sementara. Ini kerana bekerja di rumah membuatkan mereka mengalami sakit belakang disebabkan kerusi tidak selesa (3 peratus) atau sukar mencari tempat privasi untuk fokus (26 peratus).

Pemilik kereta Britain juga mendakwa mereka kini menjaga kereta lebih baik ketika perintah berkurung yang mana 22 peratus responden mengaku kerap mencuci kereta, manakala satu per lima lagi kerap membersihkan ruang kabin.

BERIKUT KEPUTUSAN SURVEI ŠKODA

  • Kereta paling bersih adalah di London – 17 peratus responden mengaku mencuci kereta setiap hari sejak tempoh berkurung bermula.
  • 13 peratus responden mengaku duduk di kerusi pemandu untuk mengimpikan pemanduan (road trip) selepas tempoh berkurung berakhir.
  • ​2⁄3 pemandu rindu mahu memandu, dan 64 peratus paling rindukan kebebasan yang diberikan. Angka itu meningkat kepada 70 peratus untuk Generasi Z.
  • 32 peratus pemandu di Wales rindu mahu mendengar lagu kegemaran dalam kereta.
  • 19 peratus responden di timur laut Britain mendakwa tidak dapat keluar ke jalan raya adalah punca utama kekecewaan.

Survei dijalankan Škoda UK daripada OnePoll membabitkan 2,000 pemandu seluruh Britain antara 30 April 2020 hingga 1 Mei 2020.

BACA >>> Škoda Kodiaq vRS – SUV Prestasi Tinggi untuk Polis UK
BACA >>> Korea Selatan Beri Pek Penjagaan Diri, Makanan untuk Rakyat Jalani Kuarantin Covid-19

Auto Terkini Bekerja Dari Rumah kajian Lockdown Pemandu UK Sepanjang Kuarantin ŠKODA survei Survei Skoda tinjauan UK Work From Home (WFH)
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.