• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Orang Gemuk Lebih Mudah Kena Jangkit Covid-19?

Kajian: Orang Gemuk Lebih Mudah Kena Jangkit Covid-19?

March 27, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

727
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAMPIR dua pertiga pesakit yang demam teruk akibat Covid-19 adalah golongan obesiti, menurut laporan audit Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Britain.

Malah 63 peratus pesakit Covid-19 di wad unit rawatan rapi (ICU) negara itu adalah kalangan golongan berat badan berlebihan, obes (sangat gemuk) atau obesiti morbid.

Obesiti morbid ialah mereka yang mempunyai berat lebih 45.5kg daripada berat badan sihat, yang juga tahap kegemukan melampau hingga perlu dibedah.

Setakat tengah malam Khamis lalu, seramai 194 pesakit Covid-19 ditempatkan di ICU Britain yang mana maklumat kemasukan itu dikaji Pusat Penyelidikan dan Audit Penjagaan Rapi Kebangsaan (ICNARC). Kajian sama juga mendapati individu obes lebih mudah menghidap komplikasi serius atau maut akibat jangkitan, seperti selesema.

BACA >>> Covid-19: Atuk Kena Saman Sebab Main Pokemon Go Ketika Perintah Berkurung

KENAPA ORANG GEMUK MUDAH DIJANGKITI?

Menurut doktor, sistem imun individu gemuk biasanya terkumpul atau meningkat ketika cuba melindungi dan membaiki kerosakan akibat keradangan ke atas sel-sel dalam badan. Apabila semua tenaga digunakan untuk melawan keradangan, maka sumber sistem pertahanan badan jadi terhad untuk melindungi tubuh daripada jangkitan baharu seperti Covid-19.

Orang obes juga cenderung mengamalkan diet rendah fiber (atau serat) dan rendah antioksida seperti sayur dan buah yang baik untuk meningkatkan sistem imun badan.

BACA >>> Covid-19: Pelarian Iraq Derma 3,000 Tisu Tandas, Tuala Tangan kepada Australia

Selain itu, lebihan berat badan memberikan tekanan ke atas diafragma dan paru-paru untuk mengembang dan menyedut oksigen. Apabila kurang oksigen, organ dalaman badan berisiko mengalami kegagalan fungsi.

Diafragma (foto atas) ialah otot nipis skeletal di bawah dada yang memisahkan abdomen daripada dada kerana paru-paru individu obes lebih cepat rosak apabila dijangkiti Covid-19 berbanding individu sihat. Individu malas bersenam juga berisiko tinggi dijangkiti wabak pembunuh itu. Ini kerana aktiviti fizikal mampu meningkatkan beberapa jenis sel imun, termasuk menguatkan daya tahan sel dan sistem imun badan.

Hasil kajian mengenai risiko orang gemuk lebih mudah jatuh sakit akibat jangkitan Covid-19 itu pasti membimbangkan pihak kesihatan di Britain kerana dua pertiga penduduk negara itu tergolong sebagai obes dan memiliki berat badan berlebihan.

Kajian lain daripada Hospital Universiti Aarhus di Denmark pula mendedahkan orang obes atau lebih berat badan memiliki risiko lebih tinggi menghidap semua jenis kanser, lebih 12 peratus berbanding individu bukan obes.

BACA >>> Covid-19: Penjual Jual Topeng Muka RM3.50 Seunit Kena Cekup

SUMBER: DailyMail | BIMCHospital

727
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, kajian, Koronavirus, Orang Gemuk Mudah Dijangkiti Covid-19, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), Pusat Penyelidikan dan Audit Penjagaan Rapi Kebangsaan (ICNARC), Wabak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
    Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
  • Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
    Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
  • Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
    Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
  • Pejalan Kaki OKU Maut Dilanggar Honda Stream Dipandu Remaja
    Pejalan Kaki OKU Maut Dilanggar Honda Stream Dipandu Remaja

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my