MENJELANG hari pelancaran Honda RS150R yang akan diadakan pada Isnin depan (13 Jun 2016), Pandulaju sempat bertanya beberapa soalan kepada 'orang kuat' Boon Siew Honda berkaitan motosikal moped ini.
Sudah pasti harga jualan Honda RS150R menjadi persoalan utama kami. Menurut sumber itu, harga Honda RS150R atau dikenali Honda Winner 150 di pasaran Vietnam akan dijual lebih murah berbanding pesaingnya, Yamaha Y15ZR.
Walau bagaimana, harga sebenar tidak didedahkan memandangkan pihaknya masih dalam proses perbincangan. Dari pandangan kami, harga jualan Honda RS150R mungkin dijual lebih murah di antara RM300 hingga RM400 berbanding Yamaha Y15ZR.
Yang pasti, kemasukan Honda RS150R ini bakal memberi saingan hebat buat Yamaha Y15ZR. Ini kerana dari aspek rekaan mahupun prestasi, kedua-duanya tidak banyak berbeza.
Untuk makluman, gambar dalam artikel ini bukan untuk pasaran Malaysia. Walau bagaimana, rekaan untuk pasaran Malaysia adalah hampir sama. Cuma perbezaannya dari segi lampu signal belakang dan rim.
Pandulaju juga diberi peluang melihat model RS150R yang sebenar untuk pasaran Malaysia. Bagi pasaran tempatan, ia hadir dengan rim berwarna oren dan lampu signal belakang adalah terkeluar. Pandulaju akan cuba siarkan gambar ini dalam masa terdekat sebelum tiba majlis pelancaran untuk tatapan anda semua.
BACA>>> Yamaha Y15ZR (2015) – Harga RM7999
BACA>>> Yamaha Y15ZR VS Honda Winner 150 – Mana 1 Pilihan Anda?
Dari aspek prestasi, Honda RS150R akan dikuasakan unit enjin suntikan bahan api PGM-FI berkapasiti 150cc DOHC. Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 15.4hp pada 9,000rpm dan tork puncak 13.5Nm (6,500rpm).
Manakala Yamaha Y15ZR pula dipadankan kuasa bersesaran 149.7cc. Hasil padanan kotak gear 5-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 15hp pada 8,500rpm dan tork puncak 13.8Nm (7,000rpm).
Sementara itu, Boon Siew Honda juga bakal memperkenalkan dua lagi motosikal baharu tahun ini. Nak tahu model apa, pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan di Pandulaju.com.my.
Laman Automotif Telus & Tulus
Awiees says
Terbaik Honda..belakang tmpat duduk ada jonkit. Sikit beza dgn Yamaha klu ada penumpang blkg nmpak fleet kurang cantik.
Mohd Yusri bin Mohd says
kenapa jualan di pasaran Malaysia reka signal terkeluar, satu lagi side mirro kurang cantik?
Wann says
Standard JPJ der