• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: Yamaha Y15ZR (2015) - Harga RM7999

MOTO: Yamaha Y15ZR (2015) - Harga RM7999

August 12, 2015 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

Yamaha Y15ZR - Pandulaju.comMASA yang dinanti-nantikan akhirnya tiba apabila Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasminya memperkenalkan model moped terbaharunya, Yamaha Y15ZR.

Untuk makluman, Malaysia adalah negara terakhir Asia menerima kehadiran model itu di mana Vietnam dan Indonesia terlebih dahulu dilancarkan dengan nama berbeza.

Bagi pasaran tempatan, model moped ini dikenali sebagai Yamaha Y15ZR. Manakala pasaran Vietnam pula diberi nama Yamaha Exciter 150 (Vietnam) dan Jupiter MX King 150 (Indonesia).

HARGA: (Termasuk insurans dan GST)

  • Yamaha Y15ZR - RM7999.82

3 WARNA MENARIK:

  1. Hitam
  2. Biru
  3. Merah

Yamaha Y15ZR - Pandulaju.comPRESTASI:

Y15ZR dijana enjin 150cc SOHC penyejuk cecair suntikan petrol yang mampu menawarkan kuasa maksimum 15hp dan tork puncak 13.8Nm. Manakala kelajuan maksimum pula adalah di sekitar 130kmj.

Kami turut dimaklumkan nadi Y15ZR adalah menggunakan enjin 150cc Yamaha, namun menerima talaan. Untuk makluman anda, Y15ZR hanya menawarkan varian klac tangan dan pihak HLYM tidak akan membawa masuk varian automatik.

Yamaha Y15ZR - Pandulaju.com

LUARAN - Menarik

Melihat keseluruhan rekabentuknya, ia menampilkan rekaan yang sporty dan menarik. Manakala kehadiran lampu belakang dan bahagian brek pula kelihatan seperti Yamaha R25.

Bahagian ekzos juga didatangkan dengan tiga peringkat peredam yang bakal menghasilkan bunyi sporty. Malah rekaan ekzos dan rimnya sekilas mirip R15.

Bagi anda yang mahu memilikinya, model hangat itu hanya akan berada di pasaran hujung bulan ini. Harap bersabar. Jangan JELES, abang dah tempah 1 unit.

SPESIFIKASI:

Enjin 4-lejang, 4-injap, SOHC, penyejuk cecair silinder tunggal bersesaran 149.7cc
Kuasa Maksimum 15hp @ 8,500rpm
Tork Maksimum 13.8Nm @ 7,000rpm
Roda Depan 70/90-17M/C 38P
Roda Belakang 120/70-17M/C 58P
Suspensi Depan Teleskopik
Suspensi Belakang Monoshock
Berat 115 kg
Kapasiti Tangki 4.2L

Yamaha Y15ZR
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: HLYM, Hong Leong Yamaha Motor, motosikal, R15, Raja Moped, Yamaha R25, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my