• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Pulsar - Hatchback Turbo Berkuasa 188hp, 240Nm untuk Eropah

Nissan Pulsar - Hatchback Turbo Berkuasa 188hp, 240Nm untuk Eropah

March 31, 2020 By Abang Hirata 1 Comment

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KITA boleh saksikan Nissan kini cuba menyusun kembali perniagaannya. Walaupun dalam mod penyusunan, Nissan dengan rakan sekutu Renault dan Mitsubishi kini berada di kedudukan ketiga kumpulan automotif yang merekodkan jualan terbesar selepas Toyota dan Volkswagen Group.

Di peringkat global, khususnya Eropah, Nissan mempunyai banyak model hebat dengan pakej menarik. Ini kerana saingan di Eropah bukan calang-calang dengan kehadiran jenama gah seperti Volkswagen dan Ford.

Antara model dipertaruhkan Nissan ialah Pulsar dengan enjin 1.6 DIG-T Turbo berkuasa 188hp. Dalam segmen kereta, model hatchback ini berada dalam kelas sama seperti Golf dan Focus.

Pulsar sudah berada di pasaran Eropah sejak 2015 dan varian enjin ketiga selepas petrol 1.2L dan diesel 1.5L. Satu lagi keunikan model ini adalah bentuk badan hatchback yang tiada dalam pasaran Malaysia. Sebagai perbandingan, Pulsar boleh dianggap sebagai saudara kepada Sentra atau Sylphy sedan versi tempatan.

Sebenarnya, model hatchback bukan asing di Malaysia kerana pernah beberapa kali ditawarkan wakil pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), dan model terakhir diperkenalkan ialah Latio.

Pulsar DIG-T 190 mempunyai tork setinggi 240Nm pada rev serendah 2,000-4,000rpm, dan dipadankan sistem transmisi automatik 6-kelajuan. Walaupun berkuasa tinggi, Nissan mendakwa model itu menjimatkan dengan kadar penggunaan bahan api 5.7 liter per 100km untuk varian rim 17 inci, dan 5.9 liter per 100km untuk varian rim 18 inci *.

BACA >>> Nissan Cipta Lagu Dodoikan Bayi dalam Kereta

Enjin baharu Pulsar ini turut mematuhi piawaian Euro6 menerusi inovasi baharu seperti teknologi geseran rendah dan penyejukan sirkulasi semula gas ekzos (exhaust gas recirculation). Pulsar DIG-T 190 ditawarkan dalam dua varian, Acenta dan Tekna yang setiap satu menampilkan kemasan tersendiri seperti rim 17 inci dan 18 inci, serta ciri dalaman khas.

* Mengikut homologasi yang belum disahkan ketika pengenalan.

BACA >>> Nissan Sylphy Serba Baharu Debut dengan Aerodinamik Seperti GT-R

NISSAN PULSAR NISMO CONCEPT

Satu lagi varian menarik perhatian ialah Pulsar NISMO Concept yang pernah ditayangkan pada Pameran Motor Paris 2014. Model tersebut juga seperti edisi NISMO lain, tampil sporty dengan kit badan penuh dan rim 19 inci yang dibalut tayar 235/35 R19. Bahagian belakang kelihatan dua muncung ekzos di tengah.

Ruang kabin bergaya ala kereta lumba dengan kerusi sport Alcantara, manakala spidometer menggunakan aksen merah dengan stereng tiga jejari dan pedal aloi. Penampilan Pulsar NISMO diserlahkan lagi profil badan rendah menerusi penggunaan set suspensi sport yang ditala semula untuk respon lebih lincah dan sporty seperti model NISMO lain.

Walaupun menarik, Pulsar NISMO masih lagi dalam bentuk konsep yang mana model massa Pulsar untuk pasaran Eropah sudah dihentikan pengeluarannya pada 2018. Ini berbeza di Amerika Syarikat, apabila model saudara, Sentra dikeluarkan dalam versi NISMO dan terus dipasarkan mengikut model 2017, 2018 dan 2019.

Dengan legasi, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dimiliki, Nissan diharapkan dapat kembali mewarnai dunia automotif global. Bagi rakyat Malaysia pula sudah tentu mengharapkan ETCM dapat melakukan sesuatu untuk merancakkan pasaran domestik supaya setanding Honda dan Toyota.

BACA >>> Nissan Leaf NISMO RC Asah Trek Eropah, 0-100kmj Sepantas 3.4 saat!

Related

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: hatchback, Nissan, Nissan Latio, Nissan NISMO, Nissan Pulsar, Nissan Pulsar NISMO Concept, Nissan USA, Roda4

Comments

  1. Masry says

    April 1, 2020 at 11:36 PM

    Kenapa tak masuk pasaran malaysia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my