• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Sylphy Serba Baharu Debut dengan Aerodinamik Seperti GT-R

Nissan Sylphy Serba Baharu Debut dengan Aerodinamik Seperti GT-R

April 17, 2019 By AO Leave a Comment

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Sylphy serba baharu dilancarkan di Pameran Motor Shanghai 2019 dengan menampilkan perubahan luaran dan dalam sepenuhnya. Boleh dikatakan inilah model baharu Nissan yang mampu membuatkan sesiapa saja menolehkan kepala.

Penampilan kali ini lebih slik dan elegan dengan rupa depan yang pasti mengingatkan kita kepada Honda Civic. Lampu depan kini lebih tajam dan lampu kabus diposisikan bawah bampar, manakala gril hitam diserlahkan dengan rekabentuk V-motion tiga dimensi (3D).

BACA >>> Nissan Sylphy 'Zero Emission', Sedan EV yang Mampu Dipandu Sejauh 338km

Rupa belakang juga nampak menarik dengan garis karakter pada sisi bampar dan lampu belakang baharu. Menurut Nissan, rekabentuk luaran Sylphy yang diperbaharui itu memberikan pekali seretan cuma 0.26, menyamai Nissan GT-R.

Tiada perincian trenkuasa didedahkan, tetapi dikatakan menggunakan enjin pacuan pintar HR16DE generasi ketiga yang dipadankan dengan transmisi Xtronic. Perincian tambahan dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Ruang dalaman mampu memberikan keselesaan kepada lima penumpang dewasa, termasuk pemandu dengan kemasan kabin hitam, kelabu cerah atau perang. Di tengah papan pemuka terpampang skrin infotainment 8 inci, dan kluster tolok digital 7 inci.

Sylphy serba baharu ini turut dilengkapi teknologi automotif terkini seperti Kawalan Jejak Pintar (ITC), Kawalan Pandu Pintar (IRC) dan Brek Kecemasan untuk Salah Pedal (EBPM). Juga dilengkapkan dengan Amaran Perlanggaran Depan Pintar (IFCW), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Tukar Lrorong (LDW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Amaran Pemanduan Pintar (IDA).

BACA >>> Previu: Nissan Sylphy Impul (2014)

Harga juga belum didedahkan.

GALERI

KREDIT FOTO: AutoBuzz.my

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Nissan, Nissan Sylphy, Nissan Sylphy (2019), Nissan Sylphy Generasi Ke-4, Nissan Sylphy Serba Baharu, Pameran Motor Shanghai 2019, Roda4, Sedan, sedan segmen-C, Segmen C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my