JIKA pengeluar lain sepakat menggunakan istilah SUV untuk Kenderaan Utiliti Sukan (Sport Utility Vehicle), BMW pula memilih nama khas sendiri, iaitu SAV, bermaksud Kenderaan Aktiviti Sukan (Sports Activity Vehicle).
Istilah SAV bukan baru, tetapi sudah digunakan BMW sejak penghujung 1990-an lagi. Antara SAV BMW popular ialah X5. SAV ialah kenderaan serba boleh yang boleh dipandu ke tempat kerja, meredah kawasan off-road, atau kegunaan rekreasi dengan menawarkan kapasiti mengangkut basikal, kayak dan sebagainya.
BACA >>> Pratempah Hatchback EV, BMW i3s Dibuka di Malaysia, Harga RM279k
Bagaimanakah pula X6? Kenderaan itu pula dinamakan Coupe Aktiviti Sukan (Sports Activity Coupé, SAC). Selain menawarkan jenama sendiri untuk kenderaan rekreasi dan lasak, BMW juga memiliki jenama khas untuk kenderaan elektrik, dipanggil BMW i.
Antara model yang sudah menjengah pasaran, termasuk Malaysia ialah i3 dan coupé prestasi i8. Terkini, BMW sedang membangunkan SAV dengan nama pendahuluan iNEXT.
Menggabungkan dua jenama khas, SAV dan i, iNEXT boleh dikatakan projek BMW yang menarik. Pertama, model itu ialah SAV yang menjadi segmen popular masa kini, dan kedua, model itu bakal dikuasakan tenaga elektrik. Model baharu itu dilengkapkan inovasi terkini BMW seperti 'NUMBER ONE > NEXT', strategi masa depan D-ACES (Design, Autonomous, Connected, Electrified and Services).
BACA >>> BMW i8 Coupe (2018) Kini Di Malaysia - Harga RM1.3 Juta, Tapi Road Tax RM90 Sahaja!
Menggunakan teknologi BMW eDrive generasi kelima, iNEXT menjadi penanda aras baharu dalam ciri sporty, kecekapan dan jarak untuk kenderaan dengan trenkuasa janaan bateri. Model elektrik itu dibangunkan dengan menempuh banyak ujian di pelbagai lokasi dan cabaran seperti berikut:
- Ujian suhu sejuk di Bulatan Polar (Polar Circle).
- Ujian suhu panas ekstrem dan radiasi solar di Kalahari, Afrika Selatan.
- Ujian penghasilan debu dan bentuk rupa bumi off-road dengan batu kelikir dan tanah untuk komponen pemanduan dan suspensi.
- Ujian badan kereta, ruang dalaman, sistem bantuan pemanduan dan teknologi digital.
- Ujian di lokasi panas dan ekstrem yang mana kuasa bateri telefon pintar boleh 'kering' bagi membuktikan ketahanan dan fungsi konsep penyejukan bersepadu untuk bateri voltan tinggi, motor elektrik dan elektronik.
- Ujian di bawah suhu matahari berjam-jam lama, dan kemudian disejukkan. Ujian bukan saja untuk operasi sistem elektrikal, tetapi juga kestabilan suhu material bahagian dalaman.
- Ujian dibuat di lapangan ujian BMW Group di Miramas, Perancis, termasuk di beberapa litar lumba seperti Nürburgring Nordschleife dan Pusat Musim Sejuk di Arjeplog, Sweden.
iNEXT akan mula dikeluarkan di kilang BMW Dingolfing, Bavaria, Jerman pada 2021.
BACA >>> 5 Fakta Tentang BMW F 850 GS yang Perlu Anda Tahu
Leave a Reply