PERODUA Bezza (2020) versi dipertingkat dengan menampilkan pembaharuan dan kemas kini signifikan supaya kekal relevan dan segar pasaran massa. Perodua menjangka akan membuat penyerahan kira-kira 5,600 unit model sedan itu kepada pemilik bermula Januari ini.
Bezza (2020) didatangkan dalam empat pilihan varian dan harga seperti berikut:
- Perodua Bezza 1.0 GX (MT) - RM34,580
- Perodua Bezza 1.0 GX (AT) - RM36,580
- Perodua Bezza 1.3 X (AT) - RM43,980
- Perodua Bezza 1.3 AV (AT) - RM49,980
PERUBAHAN KOSMETIK LUARAN
Perodua melakukan perubahan pada rupa depan Bezza (2020) menerusi rekabentuk lampu depan LED lebih tipis dan tajam dengan padanan gril dan bampar baharu. Skirt sisi dwi-tona kini ditawarkan untuk semua varian, manakala perumah lampu kabus direka lebih bersegi.
Rekabentuk lampu belakang masih sama, tetapi bampar belakang diberikan kemasan reflektor besar dan nampak seperti ventilator udara palsu seperti Axia facelift dan Myvi, berserta padanan difuser lebih besar. Melengkapkan imej berkenaan ialah set rim aloi dwi-tona baharu.
BACA >>> Hebat!!! Perodua Bezza RM86k Jadi Sedan Bawah 1.0L Paling Laku di Sri Lanka!
KABIN
Bahagian kabin menampilkan panel meter kombi baharu dengan kerusi semi-buket kulit. Juga diberikan sistem penghidup tanpa kunci (keyless), dan sensor sisi depan untuk varian X dan AV, termasuk sistem multimedia dengan navigasi dan konektiviti Smart Link untuk peranti Android. Pada masa sama, semua varian diberikan ciri sensor undur, manakala varian AV ditambahkan kamera undur.
SISTEM BANTUAN PEMANDU A.S.A 2.0
Ciri Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0 kini turut memasuki barisan Bezza (2020) menerusi varian AV, sekali gus menjadikan ia sedan paling mampu milik yang dilengkapi ciri seumpama itu di Malaysia.
A.S.A 2.0 menyediakan pakej bantuan pemandu yang terdiri daripada:
- Pengesan Pejalan Kaki - hingga 50kmj
- Amaran Pra-Pelanggaran (PCW) - hingga 100kmj
- Brek Pra-Pelanggaran (PCB) - hingga 80kmj
- Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
- Kawalan Kesilapan Pedal (PMC)
BACA>>>Perodua Bezza (2020) Kini Dibuka untuk Tempahan, Kini Ada A.S.A 2.0
DUA TAWARAN WARNA BAHARU
Ada dua warna baharu ditawarkan, Garnet Red (merah) (untuk varian 1.3L sahaja) dan Granite Grey (kelabu)menyertai empat warna sedia ada iaitu Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Ocean Blue (biru) dan Sugar Brown (coklat).
ASPEK MEKANIKAL KEKAL
Tiada sebarang perubahan besar pada trenkuasa Bezza (2020) yang masih mempertaruhkan enjin 1KR-VE 1.0L VVT-i (67 hp, 91Nm) dan enjin 1NR-VE 1.3L Dual VVT-i (94hp, 121Nm) bersama pilihan kotak gear manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.
JAMINAN
Setiap pembelian Bezza (2020) dipakejkan bersama dengan waranti 5 tahun atau 150,000km (mana satu tiba dulu).
Wan shuffle says
marah org yg baru beli Bezza past model.
tup2 keluar Bezza versi baru