Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Video 3D Litar Mandalika Ditayangkan, Akan Masuk Kalendar MotoGP 2021
Auto Terkini

Video 3D Litar Mandalika Ditayangkan, Akan Masuk Kalendar MotoGP 2021

AryonBy Aryon01/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMPAKNYA Kejuaraan Dunia MotoGP bakal menambah satu lagi litar baharu dalam kalendar 2021, dipanggil Litar Mandalika yang terletak di Pulau Lombok, Indonesia.

Litar Mandalika adalah satu daripada dua litar baharu MotoGP yang dijangka disenaraikan dalam kalendar MotoGP 2021, bersama dengan Brazil. MotoGP Indonesia kali pertama diumumkan akan kembali pada Februari tahun lalu dan kini sedang dalam pembinaan yang mana upacara pecah tanah sudah dibuat Ogos lalu.

Menariknya, litar tersebut terletak di Pulau Lombok yang terkenal sebagai destinasi pelancongan menarik di Indonesia selain Pulau Bali, kedua-duanya terletak tidak jauh satu sama lain.

BACA >>> Indonesia Bakal Masuk Kalendar MotoGP 2021, Litar Baharu Akan Dibina di Lombok

 

View this post on Instagram

 

Who else can’t wait for the 2021 #IndonesianGP 🇮🇩? 🤩 // Take a look at the 3D render of how the Indonesian circuit will look 🇮🇩 👀 #MotoGP #Motorcycle #Racing #Motorsport

A post shared by MotoGP (@motogp) on Dec 27, 2019 at 5:00am PST

Terbaharu, penganjur menyiarkan satu klip video memaparkan idea tentang konsep arkitektur, binaan dan struktur geografi trek tersebut yang akan dibuat di kawasan pesisir pantai pulau berkenaan.

Dengan anggaran kapasiti 150,000 pengunjung, MotoGP Indonesia dijangka menjadi acara paling popular dalam kalendar kejuaraan perlumbaan itu, mengatasi Thailand yang mendapat kunjungan lebih 220,000 pengunjung apabila kali pertama menjadi hos MotoGP.

BACA >>> Brazil Masuk Semula Kalendar MotoGP 2022!

Walaupun sudah tidak lagi menganjurkan acara MotoGP sejak 1997, tetapi Indonesia mempunyai pasaran cukup besar dalam sukan dan industri motosikal dengan pengeluar ternama seperti Yamaha, Honda dan Suzuki membina kubu kuat di republik tersebut.

MotoGP pernah beberapa kali cuba dikembalikan ke Indonesia, tetapi gagal dilaksanakan disebabkan pelbagai isu seperti mencari lokasi acara yang menepati standard spesifikasi Gred A ditetapkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM). Selain MotoGP, Litar Mandalika juga bersedia memasuki kalendar Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2o21.

BACA >>> Litar KymiRing di Finland Siap Sepenuhnya, Akan Masuk Kalendar MotoGP 2020!

SUMBER: VisorDown | MandalikaGrandPrixCircuit

Auto Terkini Kejuaraan Dunia MotoGP Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) litar lumba Litar Mandalika Mandalika Circuit MotoGP Pulau Lombok WSBK
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.